Pages

Followers

Friday 12 July 2013

DEMI SESUATU PERUBAHAN



bukan senang nak mengorak langkah baru dalam kehidupan..


mudah untuk berubah menjadi seseorang yang jahat,tapi bukan mudah untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik..aku berkata dari pengalaman,bukan pemerhatian..


dugaan paling perit ialah bila kita kehilangan kepercayaan daripada orang yang paling kita harap untuk percayakan kita...kekuatan untuk berubah tu terus jadi rapuh..


tapi itu bukan bererti kita kena mengalah dengan keadaan..Allah sentiasa menguji kita..apa yang kita rasa ujian dari manusia,sebenarnya ujian dari Allah..manusia sebagai pengantara..berlapang dada terima ujian tu..dari situ,kita akan lebih memahami kesalahan kita dulu,dan belajar untuk lebih menginsafi dan jangan pernah sekali mengulangi..


yang paling penting,jangan berubah kerana sesiapa..berubahlah kerana Allah,kerana diri sendiri..apa yang aku belajar dari pengalaman,berubah kerana seseorang takkan bertahan lama..saat kita kecewa dengan seseorang tu,kita mungkin akan kembali kepada sikap lama..perasaan kecewa ni amat jahat..bukan semua orang mampu atasi perasaan kecewa dengan sebaiknya...


sahabat sekalian..sekiranya ada insan sekeliling kita yang berhasrat untuk melakukan perubahan,berikanlah sokongan padu agar semangatnya kuat untuk terus bertahan...demi Allah,berubah tanpa semangat ibarat mencuba untuk berpaut di tempat tak berdahan..dan aku sekarang ibarat berpaut di dahan rapuh..kerana insan yang tersayang yang selalu mendokong aku kini mula meragui kejujuran aku..namun aku akur..kerana aku faham,sebagai tunangan orang,apa yang aku lakukan tu memang akan melukakan hatinya..walaupun apa yang berlaku tu bukan sesuatu yang aku sengajakan..


aku cuba untuk menjadi setia,dan aku takkan pernah mengalah dengan ujian ini..mungkin dulu permainan sebegini bukanlah masalah bagi aku,tapi bukan sekarang..apa yang ada dalam hidup aku sekarang bukanlah permainan..akan aku pertahankan..








oNg~oNg : dedicated to MUHD HAIRUL BIN TUKIRAN...saya minta maaf..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...