Pages

Followers

Thursday 29 August 2013

WAJAH BARU...

assalamualaikum..

masih lagi dalam bulan syawal,so SELAMAT HARI RAYA uolllllssssss....bak meh duit raya...iollsss layak lagi tau nak claim duit raya..kahkahkah


hmm..semalam baru belajar cara guna Adobe Photoshop CS3..natang tu da lame ada dalam laptop nie,tp tak tau guna..(looser kan)..ish ish ish..kebetulan pulak semalam Juruteknik Komputer sekolah aku ada..mintak dye ajarkan sikit..Alhamdulillah dapat ilmu lg semalam walaupun sikit..dye pun tak berapa pandai dalam guna Photoshop nie..takpe la kak non...dapat sikit2 pun dah oke..mekasih kak nooooonnnn...


bila dah tau basic sikit2,mula la tak tido malam menggodek isi perut natang nie...aku pun ada tanya pakcik gugel cara wat header transparent menggunakan Photoshop...


godek punye godek,terhasil la header transparent pertama aku..huwaaaaaahahaha..dengan bangganya..kahkahkah...oleh kerana namanya pun percubaan pertama,aku tau kecomotan dan kekelam kabutan aku yang terlihat dalam header tu akan dimaafkan semua..tak gitu semua?(baik maafkan aku..hari raya nie..kahkahkah)


bila nak tepek,terjadi pulak masalah lain..template aku tak seswaaaaiii nak masuk header tu...jadi kecik dan langsung tak ayu...jadi..dengan berat hati aku terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada template polkadot pink yang dah agak lama aku guna..transformasi tu penting..sobs....


tu sebab aku malas nak usik sangat blog aku nie..usik satu,banyak nak kena betulkan..korang pun leh tengok kan,gif image "SMILES IS FREE,SHARE THEM OFTEN" tu pun dah senget..aku ngah pk lagi macam mane nak tegakkan..gif image tu pun tak makan ajar..orang suruh dok diam2,dia sebok nak sama mintak perhatian..haish...


skarang blog aku kelihatan lebih tenang dengan background baru warna biru...lebih lembut daripada pink teghang tu..(baru hari nie aku sedar background aku terlampau striking..kahkahkah)..ape boleh buat..kesedaran datang lambat..


lepas nie aku nak g jumpe sifu Photoshop la si Enal tu...mesti lepas nie aku leh wat lebih banyak pembaharuan..skarang nie kebizian melanda...


oke dear fwenz...kittewww undur diri duluw yewwww..jumpewwww lagiwwww dalam entry lain yeeewwww...



(GEDIKS!!aku menyindir nie tau tak...baru jap tadi jenguk FB,ade spesis alien guna bahasa angkasa post status....siyes aku menyampah dan menyumpah..post guna bahasa orang normal tak boleh ke?dasar alien...kan dah kena remove..)


oNg~oNg : kerana marahkan gif image,ter'remove' budak gedik..nampak tak permainan kat situ???

Wednesday 14 August 2013

MEREDHAI KETENTUAN ILLAHI..





"andai hajat untuk memiliki seorang pasangan yang soleh/solehah dan sempurna tidak kesampaian,

janganlah kamu berputus asa..

sesungguhnya rahmat Allah datang dalam pelbagai bentuk..

carilah seseorang yang serba kekurangan dari agamanya,akhlaknya dan peribadinya..

bentuklah mengikut acuan agama Allah sehingga dirinya sesempurna mungkin...

kepuasan akan timbul dari sudut hatimu saat melihat dirinya menjadi seorang yang lebih baik,dan saat dirinya lebih terbimbing...

mungkin kita tidak ditakdirkan untuk mendapatkan yang sempurna,tetapi kita ditakdirkan untuk membentuk dan membimbing..

mungkin juga orang yang sempurna itu bukan selayaknya untuk kita...

dan orang sempurna yang kita idamkan sedang dimiliki oleh orang yang lebih berhak..

itu bukanlah satu hukuman,hanya satu lumrah kehidupan..

jangan rasa terhukum melihat orang yang kita sayang mengecap kebahagiaan..

pandang sekeliling..pasti ada yang lebih indah menunggu..

mungkin tidak sesempurna mata  melihat,tapi keindahannya tersembunyi di dalam...andai kita bijak membentuk,keindahan itu pasti terlihat di mata hati..



"seorang imam takkan pernah memilih siapa makmumnya..siapapun yang sudi memenuhi saf kehidupannya sebagai makmum,pasti akan diterima..alangkah indah sekiranya seorang imam mempunyai makmum yang selalu taat kepada Allah,namun lebih indah sekiranya dirinya mampu menarik seorang makmum yang jahil untuk kembali taat kepada Allah.."


sesungguhnya bukan semua yang kita idamkan di dunia,akan dimakbulkan oleh Allah..apa yang bagi kita adalah yang terbaik,mungkin ianya milik orang lain..rezeki kita hanya Allah yang berhak tentukan..dan apa yang Allah kurniakan pada kita adalah jauh lebih baik untuk kita dan apa yang sebenarnya kita perlukan...


"jangan disesalkan apa yang sudah hilang,jangan disia-siakan apa yang bakal tiba."


jodoh adalah rahsia Allah..dia akan  datang  apabila tiba masanya,sebagaimana datangnya ajal..


pesanan kepada para sahabat,dan kepada diri sendiri..wallahualam..


oNg~oNg : waktu berputar rembulan dan matahari...bunga yang mekar akan layu,akan mati..namun ku percaya,hati meyakini..semua indah pada akhirnya..

Monday 12 August 2013

RAYA OH RAYA..

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN..

selamat ari rayeeeee semuaaaaa...haih..arini aku da start keje..tp siyes aku takde mood nak keje lg..hapdet belog jela ye..mahap...kihkihkih..


raya kali nie tak berapa meriah la..rasa macam semua tak kena..kebiasaan yang selalu keluarga aku buat tiap kali syawal pun tak dapat kami buat macam biasa..cuma tinggal aku,mak,abah,mamat dengan nuar je kat rumah..


nak amik gambar raya pun takde semangat..aku langsung takde amik gambar raya tahun nie..baik gambar sendiri atau gambar keluarga...

biasanya aku balik kampung raya pertama atau kedua..tapi kali nie raya ketiga baru balik..tu pun timbul macam2 konflik sampai aku terpaksa balik kampung merempit naik moto..tapi Alhamdulillah,semuanya selamat..


beraya rumah saudara mara pun tak macam dulu..banyak rumah yang kami skip berikutan kekangan masa...rumah kawan2 pun aku tak sempat lgi singgah..tengok la esok lusa kalo ade masa...Insyaallah aku sampai..


tapi tahun nie aku n family sempat la beraya rumah tunang aku..rasa macam jejak kasih je tengok mak aku ngan mak tunang aku berpelukan...kawan lama la katekan..bapak aku pun rancak borak ngan bapak tunang aku..kawan lama jugak tu..aku ngan tunang aku jeling2 dari jauh je..walaupun tak berjanji,tapi kami sama2 pakai baju raya warna hijau yang kami beli sama2 sebelum raya aritu..nasib baik la rumah tunang aku tu dalam lingkaran kampung arwah nenek aku je..sempat la singgah kejap..tapi sebelum ke sana,mak aku da hambat aku pagi2 suruh masak untuk mengunjung ke sana..

arini pulak aku da mula keje..aih...rasa macam nak  balik je nok..takde feel pun nak memerap dalam opis nie sampai petang..boringgggggg..................


harap2 arini takde orang ganggu aku nak layan feel raya dalam opis yang indah nan syahdu nie...


oNg~oNg : jap lg nak update lg..

Monday 5 August 2013

JODOH KETENTUAN ALLAH

mendengarkan keluhan seorang sahabat mengenai kisah percintaannye,tiba2 aku teringat kisah aku sendiri..


memang perit kalau kite berpaut pada dahan yang rapuh..




sama ada dahan tu cukup kuat untuk menarik kita ke tepi,ataupun akhirnya dahan tu patah,kite dibawa arus dan terpaksa cari dahan lain untuk berpaut...berada dalam situasi nie memang menyakitkan..



kenangan 4 tahun bercinta dengan si dia memang cukup perit untuk aku lepaskan..orang yang cukup penyabar,tak pernah garang dengan aku,sentiasa menyokong aku dalam segala tindakan aku..ada ketika aku terbayang macam mane kehidupan andainya dia yang ditakdirkan untuk menjaga aku..pasti aku akan bahagia..


tapi ketentuan Allah siapa yang tau..selepas 4 tahun berkenalan,masih takde tanda2 dye akan meneruskan perhubungan kami dengan langkah seterusnya..jangan kata merisik atau bertunang,datang berjumpa mak abah pun dye tak mahu..katenye belum bersedia,belum cukup duit,belum masanya..untuk seketika waktu,aku terpaksa menelan semua alasan yang dia beri..kerana apa?kerana sayang..aku bagi dia masa secukupnya..mungkin juga aku tiada pilihan lain...bagi aku dia yang terbaik..


sampai satu tahap,aku terasa letih..dia pun makin sibuk menguruskan kehidupannya..tapi pesannya pada aku,dia masih setia..cuma perlukan masa untuk bersedia..dia minta aku bersabar..


aku mungkin mampu menunggu..tapi bukan orang tua aku...menerima cadangan makcik aku,mak abah cadangkan aku berkenalan dengan lelaki pilihan makcik aku..berasal dari keluarga yang baik dan juga sahabat lama mak abah..


semasa aku utarakan niat mak abah pada si dia,aku macam kena panah petir dengan kata2 dia..katenye,cuba la berkenalan,mana tau boleh ngam..pilihan orang tua nie kadang2 lebih tepat...aku terdiam..tak sangka begitu jawapannya..ntah apa di dalam fikirannya masa tu..mungkin bagi dia aku sekadar menguji...tiada langsung riak bimbang pada nada suaranya...tenang..sangat tenang....




beberapa hari selepas tu,lelaki pilihan orang tua aku hantar SMS untuk berkenalan..selepas menjalani sesi 'kaunseling' dengan pakcik stor tempat kerja aku,aku mula berkenalan dengan lelaki tu..


kenapa aku dikaunseling?sebab sebelum tu,aku teragak2 untuk menerima keadaan yang aku bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga...tapi aku berjumpa dengan pakcik stor tu yang sememangnya mempunyai pengalaman berkahwin dengan pilihan keluarga..banyak nasihat yang diberikan,dan aku terbuka hati untuk menerima keadaan tu..benar katanya..orang yang kita pilih tak semestinya yang terbaik,dan yang terbaik tu tak semestinya datang atas kehendak kite..belajar terima qada' dan qadar,dan yang baik tu akan datang pada kita...insyaallah..


dan alhamdulillah...selepas 2 bulan berkenalan,lelaki tersebut sudah mengorak langkah menghantar rombongan meminang..pada masa tu,perasaan bersyukur tu tak dapat digambarkan dengan kata2...


walaupun lelaki tu tak sebaik si dia,tak sesabar si dia,tapi kesungguhannya untuk membina keluarga bersama aku betul2 membuka hati aku..sikap bertanggungjawab dan komitmen dia pada aku telah mengikat hati aku untuk setia padanya..


selepas 6 bulan,kami diikat dengan tali pertunangan..sebelum kami bertunang,aku ada menghubungi si dia untuk menjemput ke majlis pertunangan aku..si dia bagai tersentak,tapi tetap tenang..si dia bertanya,kenapa aku tak tunggu dia..sepatutnya dia lebih tahu jawapannya..




dan hari nie,alhamdulillah aku dah dapat betul2 melupakan si dia dari ingatan aku..tak ada lagi yang bersisa..dan dalam hati aku cuma ada tunang aku sorang...


apa yang aku sedar,kasih sayang aku pada lelaki yang tak meletakkan aku di dalam masa depannya tu semuanya sia2...entah kenapa aku lambat sedar...4 tahun..cukup lama dia melengah2kan perhubungan tu...aku je yang berharap dan terus berharap..









dan..di saat sahabat aku melalui dugaan yang sama,aku cuma mampu mendoakan agar dia tabah dan bersabar...segalanya akan datang dan pergi tepat pada masanya..yakinlah dengan qada' dan qadar Allah..


''tulang rusuk takkan pernah tertukar daripada pemiliknya..''


sesiapapun yang bakal menjadi jodoh kamu,akan datang pada kamu apabila tiba waktunya..akan mengambil kamu dari tangan wali dengan selayaknya...akan menjaga kamu dengan sebaiknya...


andai orang yang kita pilih tu bukan ditakdirkan untuk kita,sekuat mana kita berpegang pun akan terlepas jugak..andai sudah tiba masa untuk melepaskan,redhakan segalanya...beri laluan kepada insan lain untuk membahagiakan kamu..



kami kaum wanita,bukanlah memaksa jodoh...bukan juga mengejar2 kasih sayang orang ibarat pengemis..tapi andai ada seorang wanita yang membuka jalan untuk kamu memilikinya secara halal,janganlah kamu sia2kan peluang yang diberi..itu tandanya kamu cukup istimewa di dalam hidupnya dan si dia memilih kamu untuk menjadi penjaganya dunia akhirat..


untuk apa dirisaukan hal dunia?wang,pekerjaan,kesihatan tu semuanya rezeki,semuanya milik Allah..dan janji Allah,andainya kita mempunyai tujuan ke arah kebaikan,Allah pasti permudahkan dan memurahkan rezeki kita..aku sendiri yakin dengan hal nie kerana aku sendiri melaluinya..selepas aku bertunang,Alhamdulillah,aku dapat rezeki pekerjaan yang lebih baik..aku yakin dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku..


bertabahlah wahai kawan2..kita saling mendoakan untuk satu sama lain..aku tahu,bertunang bukanlah jaminan yang kami akan berkahwin dan aku sebenarnya masih belum  layak untuk menasihati orang...tapi aku cuma bercerita berdasarkan pengalaman dan berkongsi agar dijadikan iktibar...tiada niat menyinggung sesiapa..


semoga berbahagia wahai teman2...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...