Alhamdulillah…pejam celik pejam celik dah 2 tahun rupanya
aku jadi bini orang..hahaha…Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…segala
puji bagi Allah yang memberikan aku kesempatan untuk merasai segala nikmat
kurniaanNya…
Mengenangkan betapa mudahnya Allah permudahkan pertemuan aku
dan suami hingga membawa ke jinjang pelamin,rasa macam rugi pulak masa muda aku
habiskan untuk bercinta dengan jodoh2 orang..hahahaha…beberapa kali bercinta
tapi terputus di tengah jalan…melalak mcm nak mati,menyorok bawah meja,tepi
tong sampah,bawah singki…duit abis brape banyak ntah semata2 untuk top up nak
bergayut…betapa aku menzalimi diri sendiri…hahaha..tapi bak kata orang…Allah
temukan kita dengan orang2 yang salah supaya kita belajar dari
kesilapan,sebelum kita bertemu dengan orang2 yang betul..tak gitu
jah…hahahaha..*ayat sedapkan hati sendiri*
Dalam perjalanan mencari jodoh tu,aku bertemu dengan ramai
orang…bermacam ragam…dari situ aku sedar kesilapan diri sendiri dalam mencari
pasangan hidup…aku nak Mr. Perfect…yang boleh comfort aku dari semua
sudut…agama,kewangan,perilaku…kalau boleh,aku nak lelaki yang lengkap dengan
semua pakej tu…betapa sombongnya aku dengan diri sendiri…
Dan kerana kesombongan tu,Allah uji hati aku dengan
mempertemukan aku dengan orang2 yang hampir sempurna kat mata aku…antara ramai2 yang aku kenal,ada 2 manusia yang Allah hantar untuk beri pengajaran pada aku...untuk pertama kali,aku berjumpa
dengan orang yang cukup sabar,cukup tenang,cukup matang melayan aku yang sangat
kebudak-budakan pada masa tu…dari sedegil2 hati,dia usaha untuk lembutkan
sampai aku terima kehadiran dia…dan di saat aku dah betul2 sayang,Allah tegur
aku…aku sombong…aku nak lelaki yang sabar sedangkan aku selalu buat dia
marah…dalam tak sedar,Allah jauhkan kami..
Kali kedua Allah uji kesombongan aku…Allah pertemukan aku
dengan seorang yang sangat alim…rajin menegur,tapi dalam masa yang sama sangat
riang dan relaks..selalu mengingatkan aku dengan benda2 yang baik…sampai satu
saat aku rasa dia sangat sempurna sekiranya menjadi seorang suami…tapi sekali
lagi Allah menegur aku…terlalu menginginkan kesempurnaan sedangkan aku
tersangat jahil…kesempurnaan dia tu jugak yang membunuh perasaan aku pada
dia…kerana dia turut merasa diri sendiri sempurna,beberapa kali aku rasa
terhina bila dia mengungkit kejahilan aku secara tak sedar..kali itu,aku yang
menjauhkan diri…kerana merasa tak layak di sampingnya…
Bermula saat tu,aku letakkan segalanya pada ketentuan…aku
berhenti mencari..aku redhakan hati..dan saat aku mula redha,Allah datangkan
dia…
Dia manusia tak sempurna macam aku jugak…dan kerana ketidak sempurnaan tu,dia tak pernah merendah-rendahkan kejahilan aku...sama2 bergerak untuk berubah..dia berusaha
untuk buat aku rasa sempurna bila bersama dia..walaupun masa mula2 kenal,dia
tak sesabar orang lain,tapi dia berusaha untuk kekalkan kesabaran bila bersama
aku..dan hari ni,dia antara manusia yang paling sabar melayan kerenah aku
selepas mak abah..
Masa masih bertunang,aku selalu rasa tersisih sbb dia jarang
mesej n call,tak macam lelaki2 yang aku kenal dulu..tapi lepas kawin,bila duduk
bercerita dengan mak mentua aku,baru la aku tau..macam mane dia berusaha cari
duit sampai tak ada masa untuk diri sendiri..apa lagi masa untuk aku…masa
lapang yang ada,dia cari part time untuk dapatkan duit lebih…aku pulak?kejap2
send mesej sentap sbb dia tak layan..hahaha…
Satu yang aku belajar dari kesilapan aku…orang yang tak
serius dengan kita,memang akan ada banyak masa dengan kita…membuai kita dengan
kata2 manis…tapi belum tentu boleh bagi komitmen yang kukuh…manakala orang yang
betul2 serius dengan kita,akan mendahulukan apa yang patut supaya hubungan tu
maju ke depan…bukan setakat janji bibir…diorang tau apa yang perlu dilakukan n
apa yang perlu dikorbankan untuk halalkan hubungan tu…bukan setakat berkepit 24
jam tapi tak ke mana,tapi berpisah sementara untuk percepatkan jalan untuk
bersama…kat situ aku sangat2 tersilap mengenai dia..betapa aku sangat
pentingkan diri sendiri…nasib baik dye bukan jenis melayan sentap aku...hahahahaha...bagi dye,selagi apa yang dye buat tu betul,dye buat je..dye takkan cerita walaupun aku merajuk meragam..p lantak la aku nak sentap pun...sebab penghujung ceritanya,aku akan sedar jugak walaupun dye tak cerita hal sebenar...
dan disebabkan kegigihan dye,hari ni kami bergelar suami isteri..Alhamdulillah....berakhir sudah perjalanan aku mencari jodoh yang tak berkesudahan dulu...hahahha...harap2nya inilah jodoh pertama dan terakhir,Insyaallah...
Kepada suamiku Mohd Hairul...terima kasih kerana menunaikan janji untuk menjadikan saya isteri syg yang sah...terima kasih kerana sudi menjaga saya,dan membuatkan mak abah saya lega kerana melepaskan saya pada orang yang betul...terima kasih kerana tak jemu bertarung dengan dugaan kita...terima kasih kerana masih ada dengan saya hari ni...terima kasih kerana sudi bawa saya ke dalam dunia syg...terima kasih kerana sudi masuk ke dalam dunia sy yang serba kekurangan...terima kasih atas lafaz sakinah 12 April 2014..dan terima kasih atas segalanya...semoga Allah membalas segalanya dengan berlipat ganda kebaikan dan kebahagiaan...
Dugaan bukanlah sesuatu yang boleh kita elakkan..bukan juga sesuatu yang patut kita rungutkan...semoga kita selalu bersyukur dengan tiap dugaan,dan dikurniakan seribu kesabaran untuk hadapi dengan tenang dan cekal...
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SYG...semoga kita selalu bahagia dan sentiasa bersama...sehingga ke syurga Illahi,Insyaallah...
~masa hari kejadian,macam sama ngam je dua orang ni...sekarang,sorang dah makin membulat,sorang dah makin melebar...alahaaaii...~
kepada semua sahabat,doakan rumahtangga kami berkekalan hingga ke syurga,mawaddah wa rahmah...Amin Ya Rabbal 'Alamin....
Memiliki insan yang kita sayangi adalah perasaan terindah..
Dimiliki oleh insan yang menyayangi kita adalah rahmah..
Mencintai dan dicintai orang yang sama adalah anugerah..
Menikahinya seumpama berada di Jannah...
Indahnya...bercinta selepas nikah...
Love,Amirah...
12 April 2016...