Pages

Followers

Wednesday 2 July 2014

ANAK,ADIK DAN ISTERI

ASSALAMUALAIKUM..


dah masuk bulan Ramadhan..alhamdulillah..

kali nie,aku menyambut bulan Ramadhan dengan situasi yang amat berbeza-sebagai seorang isteri...Alhamdulillah..syukur..


memang jauh bezanya..betapa hidup aku berubah,benar2 berubah..


paling terasa adalah keluarga aku sendiri..awal puasa tahun nie aku balik ke rumah mertua...perancangan awalnya aku kat rumah mak,tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat aku dan suami elakkan,kami balik ke rumah mertua..memang sedih...dan aku tau,tindakan kami membatalkan rancangan berbuka puasa kat rumah mak aritu membuatkan adik beradik aku terkilan n mungkin ada yang dah mula buat spekulasi n andaian....aku tak mampu elak..n aku terpaksa belajar untuk terima apa pun tanggapan orang..ada yang diorang takkan faham..


walaupun sebelum nie aku pernah merantau,berpuasa di tempat orang tanpa keluarga di sisi,tapi kali ni lain rasanya..nasib baik la air tangan mak mertua aku saling tak tumpah macam masakan mak aku sendiri..terubat sikit kerinduan berbuka di samping mak abah..Alhamdulillah..puasa tahun nie adik beradik aku semua balik menyambut bersama mak abah..sedih jugak bila mak bercerita,tak jadi buat tahlil keluarga sebab aku tak ada...aku faham perasaan mak...tapi ape mampu aku buat..aku sekarang bukan sekadar seorang anak dan adik..tapi aku sekarang seorang ISTERI...


kesian suami aku..cukup risau kalau aku dipulaukan adik beradik sebab tak join berbuka puasa kat rumah mak abah...sambil bawak kereta,suami termenung memikirkan kalau2 mak abah berkecil hati...mesti adik beradik aku ingat suami aku yang berkeras untuk membatalkan perancangan..hanya Allah yang tahu gelora jiwa aku masa tu..tersepit antara suami dan keluarga..nie baru bulan puasa..belum lagi menempuh raya..ALLAH....


aku baru menjengah alam perkahwinan...segalanya masih kelam kabut..aku cuma berharap orang sekeliling beri lebih ruang untuk aku dan suami membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain..segala apa keputusan yang kami buat,segalanya atas perbincangan,setelah kami teliti buruk baiknya...tak ada niat untuk menyakiti hati sape2..aku dan suami punya akal..punya hati perasaan..sepertimana kalian semua,kalau terpaksa menolak sesuatu keadaan,bermakna ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan tu..bukan disengajakan,tak begitu? 


stakat nie,Alhamdulillah aku dan suami masih boleh berbincang dengan baik tentang apa saja yang menghimpit rumahtangga kami...aku sentiasa berdoa agar keadaan ini berkekalan..yang cukup aku risaukan,ketenangan ni diganggu oleh kata2 dan hasutan orang luar..ya..pada mulanya mungkin boleh dipekakkan telinga...tapi lama2,tak mustahil boleh menjejaskan komunikasi..


mungkin aku masih mentah dan jahil untuk berbicara soal rumahtangga...aku tak salahkan mereka yang mengadili dan menghukum aku di belakang aku...tak semua orang boleh faham keadaan aku dan tak semua benda aku boleh kongsikan dengan semua orang..cuma aku berharap,bagi aku ruang untuk aku perbaiki keadaan...hari nie mungkin aku gagal untuk  memenuhi kehendak segelintir pihak..tapi aku akan cuba perbaiki supaya suatu hari nanti,andai situasi yang sama berulang,aku mampu menangani dengan lebih baik dan tak menyinggung sesiapa serta menepati kehendak setiap orang..insyaallah,andai Allah izinkan..


sekali lagi aku mohon maaf andai aku dan suami menyinggung sesiapa sepanjang kami hidup berdua...fahamilah,aku bukan Mira yang dulu...perubahan itu perlu,kerana aku sekarang seorang isteri..aku tak seperti orang lain,dapat menjaga makan minum suami aku sehari-harian..hanya hujung minggu aku dapat menjalankan tanggungjawab menjaga makan pakainya..mereka yang PJJ pasti faham keadaan aku..saat bersama suami sangat terhad...jadi aku cuma berharap,dalam waktu yang singkat tu,tak kira di mana kami berada,takkan ada apa2 yang menyebabkan kami bermasam muka..


Allah..kadang2 terasa berat dada bila dihimpit ujian walaupun sekecil ni..cukup tabah ke aku untuk hadapi ujian lebih besar?wallahualam..semoga Allah permudahkan..



yang benar,

anak,adik dan isteri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...