Pages

Followers

Friday 1 November 2013

PT RINTIS RAMPAS 'HAK' GURU TUGAS KHAS?

Assalamualaikum..

Hmmm..rasa macam dah lame tak buat entry..bizi sangat2 kat sekolah..tak sempat nak jenguk blog..tak terbela blog aku..waaaaarrgghhh..

Aku sebenarnya berkobar-kobar nak buat entry kali nie..oleh kerana kat rumah takde line tenet,aku taip dulu kat word....aku takut apa yang aku nak ceritakan nie,aku terlupa esok..hahaha..n entry nie dikarang pada pukul 8.17 malam hari Khamis 31 Oktober 2013...

Tau tak kenapa aku berkobar2 sampai tak boleh tunggu hari esok untuk karang entry nie?sebab perasaan tak puas hati aku menebal..tentang ape?meh sini aku cerita..

Petang tadi,berlangsung majlis Dialog Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di Seri Negeri Ayer Keroh Melaka..hampir 2000 orang dijemput untuk menghadiri sesi dialog tu..

Bagi kami warga Pembantu Tadbir Rintis Negeri Melaka,kami amat2 la menunggu saat nie untuk meluahkan isi hati dan bertanyakan nasib kami untuk tahun depan...sebab tajuknye pun Majlis Dialog KPPA Dengan Pegawai-Pegawai Dalam Program Pemantapan Profession Perguruan Di Melaka..jadi kami jangkakan subjek utama yang akan diketengahkan ialah tentang nasib Pegawai Rintis..besar harapan kami datang ke sana..berdebar-debar jantung aku dengan kawan-kawan..masing-masing berharap akan dapat mendengar berita baik yang akan melegakan hati..

Tapi lain pulak yang jadi..dah la majlis ucapan mengambil masa yang sangat lama..majlis tu aku rasa tak sesuai dipanggil majlis dialog,tapi patut digelar majlis ucapan..nak sebut nama sorang demi sorang individu terhormat yang hadir,makan masa hampir 3 minit..grrrr...

Dan yang paling aku rasa sakit hati,rupanya ada segelintir guru yang aku boleh katakan sebagai mementingkan diri sendiri..nie antara ‘luahan rasa’ mantan GPM yang buat aku rasa macam nak balik time tu jugak..

·         KEMBALIKAN HAK KAMI SEBAGAI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA – hello..kau tau tak,ayat kau sangat selfish dan sangat tak matang..hak apa yang kau sembang nie?kenapa,selama nie kau jadi GPM,kau diberi hak keistimewaan yang lain daripada guru biasa ke?dapat elaun lebih ke?gaji lebih ke?dan kehadiran kitorang nie membuatkan ‘HAK’ korang  tu ditarik balik?macam tu?setahu aku,yang kurang ada la..WAKTU MENGAJAR..kalau lebih pun,lebih kerja..dan dengan kehadiran kitorang nie,jadual waktu mengajar korang dah full macam guru lain..sepatutnya korang happy sebab korang dapat buat kerja yang SEPATUTNYA seorang guru buat..korang datang sekolah atas tiket seorang GURU,yang sepatutnya MENGAJAR..dan kami datang untuk bantu korang buat lebihan kerja yang tak sepatutnya korang tanggung..jadi apa isunya?dan tadi guru tu ada cakap,dye sebagai GPM ada tanggungjawab mengajar pelajar especially pengawas perpustakaan cara komunikasi blablablablabla...bagi aku,kalau kau tak jadi GPM pun,memang tugas kau sebagai guru untuk didik diorang tentang tu semua..atau sebenarnya kau dah selesa mengajar 8 waktu?tepuk dada,Tanya iman...dan walaupun jawatan GPM diapungkan,tapi gaji korang tak diapungkan kan?tak berkurang kan walaupun kami ada?apa salahnya berkongsi rezeki..kami pun sama-sama cari rezeki..kalau gaji kitorang dibayar dengan hasil pemotongan gaji atau elaun korang sebagai GPM,rasanya kami pun tak sanggup nak terima kerja nie..

·         TOLONG HANTAR PT YANG BERPENGALAMAN DAN TERLATIH,BUKAN PT YANG FRESH LEPASAN SPM – kau dengar sini..kau faham tak ape maksud PENGALAMAN yang kau sebut tu?kalau kami yang takde pengalaman nie tak diberi peluang untuk timba pengalaman,mane nak datang pengalaman tu?kau nak yang pro je..kasi senang keje kau tak payah turunkan ilmu dan terus lepas tangan..sedangkan kau dulu pun pernah jadi beginner jugak..tolong la jadi matang sikit..ayat jangan macam budak-budak..kalau dulu kau tak dilatih,kau pun takkan ada di kedudukan kau sekarang..untuk pengetahuan korang,walaupun jawatan kitorang nie taraf SPM,tapi tak semua antara kami nie lulusan SPM je..ramai je yang pemegang diploma dan ijazah..tapi kami tak la bernasib baik macam korang,habis belajar terus bekerja...kami cuma nak merebut peluang yang diditawarkan kepada kami walaupun tawaran tu jauh menyimpang dari lulusan kami..hari nie korang cuba sabotaj kami dengan alasan PENGALAMAN nie...ingat,satu hari nanti  anak-anak korang pun akan rasa apa yang kitorang rasa..peluang kerja masa depan lagi sempit...apa salahnya bagi ruang untuk golongan macam kami nie menimba pengalaman...

·         LUASKAN SKOP KERJA PT RINTIS UNTUK LEBIH BANYAK LAGI KERJA DATA LAIN YANG DILAKUKAN OLEH GURU – nie pun satu hal..ko ingat mentang-mentang kitorang nie pt data,semua keje data nak sumbat kat kitorang?baca garis panduan la bro..kami nie bukan PT DATA sahaja...kami jugak PT untuk PSS...70% kerja kami sepatutnya pada PSS,bukan pada data..tapi oleh kerana kerja data dah terlampau banyak,kitorang terpaksa anak tirikan PSS..tu pun ada jugak rupanya insan macam kau yang rasa kitorang nie tak banyak cukup banyak kerja kan..bertimbang rasa la sikit..kami nie manusia jugak,sama macam kau..kami pun ada keluarga,sama macam kau..kami pun ada yang dah merasa bangun pukul  3 pagi untuk buat data,sama macam kau..Cuma bezanya nasib korang terbela,kesusahan korang dipandang..tak macam kami yang masih dalam percubaan...semuanya kami iyakan,semata-mata untuk menjamin nasib kitorang di masa depan..


Banyak lagi sebenarnya yang aku nak luahkan..rasa sedih dengan segelintir guru yang negative dengan kehadiran kitorang..memang,aku akui ada di kalangan kami yang buat hal,tapi bukan semua..manusia..kami bukan malaikat..kami pun ada cacat cela..

Kesian betul nasib kawan-kawan aku yang dapat guru yang negative dengan program Rintis nie..salah kami ke jawatan nie wujud?bagi aku dan kawan-kawan yang beruntung dapat sekolah yang menerima kehadiran kami dengan hati terbuka,Alhamdulillah..banyak ilmu yang kami dapat,apa lagi sokongan dan doa supaya kami dikekalkan di sekolah..membandingkan keadaan aku dengan keadaan segelintir kawan-kawan aku yang tak bernasib baik,aku rasa bersyukur sangat..

Dan yang paling aku sedih tadi,sesi dialog berakhir tanpa sorang pun wakil PT Rintis dapat bersuara..dengan masa yang terhad,wakil PT Rintis terpaksa duduk semula kerana waktu untuk bertanya soalan dah tamat..tak ada ke mana-mana pegawai di mana-mana peringkat yang sensitive dengan kehadiran PT Rintis?tak ada siapa yang kisah ke untuk dengar luahan hati kami?sekurang-kurangnya,carilah sorang wakil daripada setiap golongan untuk bersuara...tadi,bagi  aku,lebih kepada luahan hati guru-guru..ada yang mengajukan soalan yang boleh aku sifatkan sebagai rubbish dan mengarut..hal dalaman dibawa ke platform yang tak sepatutnya..soalan yang dah dijawab ditanya lagi..semua tu membuang masa..apa-apa pun,aku bangga dengan abang Fairuz yang berusaha untuk bangun menjadi wakil PT Rintis bagi pihak kami..mungkin tak ada rezeki kita untuk bersuara..dan dalam kalangan 2000 orang yang ada dalam dewan tu,komuniti kita lah yang paling bawah..bak kata orang ,melukut di tepi gantang..ada tak menambah,tak ada tak mengurang..

Dan aku jugak ada terasa,kehadiran PT Rintis dalam majlis tu  tadi tanpa sedar ibarat menjadi bahan ejekan sesetengah guru..ada aku dengar suara-suara halus di belakang aku..

”tambahkan je kerja pada pt rintis nie..biar diorang rasa pulak..”

Kenapa ada guru yang ibarat berdendam dengan PT Rintis nie?ape salah kami pada korang?kami ke yang tarik balik jawatan tu daripada korang?kami ke yang lambakkan kerja-kerja tu pada korang?korang tau tak,masa mula-mula kitorang ditaklimatkan yang kitorang akan datang ke sekolah untuk membantu meringakan beban guru,kami rasa bersyukur sangat..terasa mulia apa yang bakal kitorang buat..mane tak nye..membantu meringankan beban..tak sangka pulak rupanya kehadiran kitorang jadi beban pada korang..yelah..ada yang datang tu memang zero dalam ilmu computer,tapi tiba-tiba nak buat data..tapi,niat kami datang nak membantu..mungkin pada awalnya terpaksa menyusahkan korang,tapi sementara je..bila kami dah terlatih,insyaallah kami takkan susahkan orang lain..dan untuk peringatan korang yang mungkin dah lupa,kehadiran kami nie pun atas rungutan korang yang mengadu terbeban dengan tugas selain tugas hakiki..sesungguhnya manusia nie memang takkan pernah bersyukur..

Kepada guru-guru yang menyokong kami,syukran kami ucapkan..andai kami  diizinkan Allah untuk terus membantu kalian,insyaallah kami akan cuba sebaik mungkin..tapi andai rezeki  kami di sini terhenti sehingga hujung tahun nie,semoga kalian sukses dalam melakukan kerja-kerja kalian semula..sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk masa depan masing-masing..kepada guru yang terganggu dengan kehadiran kami,ribuan maaf kami harapkan..tak terniat untuk kami menganggu tugas kalian,tapi ini semua amanah yang terpaksa kami jalankan..


YANG BAIK DATANG DARIPADA ALLAH..YANG BURUK,KAMI AKUI,DATANG DARIPADA KAMI..wallahualam..


oNg~oNg : hak?lu pk la sendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...