Pages

Followers

Monday 30 December 2013

LEMBARAN TERAKHIR..2013..

ASSALAMUALAIKUM...

rasa macam dah lama tak jenguk blog nie..bersawang dah..habuk2 degil sume ada..


hari nie...30 Disember 2013...tinggal sehari sebelum meninggalkan tahun 2013 yang penuh suka duka...


dan tinggal sehari lagi sebelum aku menamatkan kontrak sebagai pembantu tadbir di SK Terentang...


syukur Alhamdulillah..rezeki aku murah untuk tahun 2013 nie..terima kasih ALLAH untuk segala nikmat yang diberi...


review sikit perihal tahun 2013 nie..


awal tahun...baru nak berkenalan dengan adik2 manis SK Terentang nie.nie kira 'salam perkenalan' diorang la..ok fine.ioollsss ketabahan....hukhukhuk...masa tu memang aku mengamuk sakan..penat kot..balik kursus tetibe tengok library jadi macam nie..pastu ade sorang kawan nasihatkan aku,yang ini semua bahagian untuk rezeki aku...cabaran untuk memastikan rezeki yang aku dapat nie halal...Alhamdulillah..syukran...=) 



bila dok dalam library nie,mula la idea kanak2 sampai..sepanjang tahun 2013 nie,nie la hasil 'kreatif' aku paling agung pernah aku buat..sebenarnya bukan sepanjang tahun 2013,tp sepanjang hidup kot..kahkahkah...aku paling benci kena buat benda macam nie..tak minat sungguh aku..




tahun nie mencatatkan rekod paling banyak kursus aku pernah hadiri,paling banyak kali 'makan tanggung berak cangkung' kat hotel,dan paling banyak berjimba dalam waktu kerja..barang dalam gambar atas nie pulak merupakan gambar barang yang paling banyak kena bawak untuk ke kursus..rasa macam Kemboja jual kain pun ada..



aku bukan kaki shopping,jadi aku memang stress bila terpaksa shopping kasut lebih dari 2 kali setahun..tahun nie paling banyak shopping kasut..yang atas nie,nyawa dye tak sampai seminggu..kalau la aku boleh pulang balik pada kedai berkenaan..sangat membazir..kalau la aku keje kilang macam dulu,memang aku beli sliper kat kedai cash n carry tu je..rm4.50..fancy..ade bunga2 lagi..no extra charges for the flowers okay!!!paling penting,hayatnye lebih lama daripada kasut di atas nie..grrr...



makanan feveret aku sepanjang 2013..asal kuar ngan Umi Hani je,mesti makan benda nie..Nasi Ayam Penyet Lamongan katenye...memang terbaik..sedap hingga menjilat sudu....




tahun nie agak tough untuk aku,especially menjelang majlis aku tahun depan...aku da mula buat persiapan untuk majlis..da tokleh berjimba2 sangat dengan duit..ada duit sikit je lebur untuk barang majlis...




masuk hujung tahun,kat library da mula buat pelupusan buku..nasib baik ada cikgu Idayu untuk bantu aku..tapi dye pun da pindah sekolah..



dan di hujung tahun nie,Allah bagi aku dan keluarga aku rezeki yang tak terduga..dari mata kasar,memang bencana alam..tapi hikmah di sebaliknya memang besar..Alhamdulillah...rezeki terselamat daripada tercedera adalah yang paling aku syukuri..dan Alhamdulillah,bantuan daripada pihak berkaitan pun cepat sampai..syukur..


tahun nie aku terasa cepat berlalu..macam2 yang aku lalui...semoga apa yang bakal aku lalui di tahun mendatang dan di setiap saat hidup aku akan menjadi lebih baik daripada sekarang..Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah atas setiap saat nyawa aku masih dipinjamkan olehMu,di setiap saat yang aku miliki untuk perbaiki hidupku dan kesilapanku...berikanlah aku kesempatan untuk membahagiakan insan2 di sisiku,terutamanya ibu bapaku yang masih ada di sisiku hingga saat ini..masih jauh perjalananku untuk membalas jasa mereka..berikanlah aku ruang dan peluang...


SELAMAT TINGGAL TAHUN 2013..SELAMAT DATANG TAHUN 2014...

Friday 1 November 2013

PT RINTIS RAMPAS 'HAK' GURU TUGAS KHAS?

Assalamualaikum..

Hmmm..rasa macam dah lame tak buat entry..bizi sangat2 kat sekolah..tak sempat nak jenguk blog..tak terbela blog aku..waaaaarrgghhh..

Aku sebenarnya berkobar-kobar nak buat entry kali nie..oleh kerana kat rumah takde line tenet,aku taip dulu kat word....aku takut apa yang aku nak ceritakan nie,aku terlupa esok..hahaha..n entry nie dikarang pada pukul 8.17 malam hari Khamis 31 Oktober 2013...

Tau tak kenapa aku berkobar2 sampai tak boleh tunggu hari esok untuk karang entry nie?sebab perasaan tak puas hati aku menebal..tentang ape?meh sini aku cerita..

Petang tadi,berlangsung majlis Dialog Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di Seri Negeri Ayer Keroh Melaka..hampir 2000 orang dijemput untuk menghadiri sesi dialog tu..

Bagi kami warga Pembantu Tadbir Rintis Negeri Melaka,kami amat2 la menunggu saat nie untuk meluahkan isi hati dan bertanyakan nasib kami untuk tahun depan...sebab tajuknye pun Majlis Dialog KPPA Dengan Pegawai-Pegawai Dalam Program Pemantapan Profession Perguruan Di Melaka..jadi kami jangkakan subjek utama yang akan diketengahkan ialah tentang nasib Pegawai Rintis..besar harapan kami datang ke sana..berdebar-debar jantung aku dengan kawan-kawan..masing-masing berharap akan dapat mendengar berita baik yang akan melegakan hati..

Tapi lain pulak yang jadi..dah la majlis ucapan mengambil masa yang sangat lama..majlis tu aku rasa tak sesuai dipanggil majlis dialog,tapi patut digelar majlis ucapan..nak sebut nama sorang demi sorang individu terhormat yang hadir,makan masa hampir 3 minit..grrrr...

Dan yang paling aku rasa sakit hati,rupanya ada segelintir guru yang aku boleh katakan sebagai mementingkan diri sendiri..nie antara ‘luahan rasa’ mantan GPM yang buat aku rasa macam nak balik time tu jugak..

·         KEMBALIKAN HAK KAMI SEBAGAI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA – hello..kau tau tak,ayat kau sangat selfish dan sangat tak matang..hak apa yang kau sembang nie?kenapa,selama nie kau jadi GPM,kau diberi hak keistimewaan yang lain daripada guru biasa ke?dapat elaun lebih ke?gaji lebih ke?dan kehadiran kitorang nie membuatkan ‘HAK’ korang  tu ditarik balik?macam tu?setahu aku,yang kurang ada la..WAKTU MENGAJAR..kalau lebih pun,lebih kerja..dan dengan kehadiran kitorang nie,jadual waktu mengajar korang dah full macam guru lain..sepatutnya korang happy sebab korang dapat buat kerja yang SEPATUTNYA seorang guru buat..korang datang sekolah atas tiket seorang GURU,yang sepatutnya MENGAJAR..dan kami datang untuk bantu korang buat lebihan kerja yang tak sepatutnya korang tanggung..jadi apa isunya?dan tadi guru tu ada cakap,dye sebagai GPM ada tanggungjawab mengajar pelajar especially pengawas perpustakaan cara komunikasi blablablablabla...bagi aku,kalau kau tak jadi GPM pun,memang tugas kau sebagai guru untuk didik diorang tentang tu semua..atau sebenarnya kau dah selesa mengajar 8 waktu?tepuk dada,Tanya iman...dan walaupun jawatan GPM diapungkan,tapi gaji korang tak diapungkan kan?tak berkurang kan walaupun kami ada?apa salahnya berkongsi rezeki..kami pun sama-sama cari rezeki..kalau gaji kitorang dibayar dengan hasil pemotongan gaji atau elaun korang sebagai GPM,rasanya kami pun tak sanggup nak terima kerja nie..

·         TOLONG HANTAR PT YANG BERPENGALAMAN DAN TERLATIH,BUKAN PT YANG FRESH LEPASAN SPM – kau dengar sini..kau faham tak ape maksud PENGALAMAN yang kau sebut tu?kalau kami yang takde pengalaman nie tak diberi peluang untuk timba pengalaman,mane nak datang pengalaman tu?kau nak yang pro je..kasi senang keje kau tak payah turunkan ilmu dan terus lepas tangan..sedangkan kau dulu pun pernah jadi beginner jugak..tolong la jadi matang sikit..ayat jangan macam budak-budak..kalau dulu kau tak dilatih,kau pun takkan ada di kedudukan kau sekarang..untuk pengetahuan korang,walaupun jawatan kitorang nie taraf SPM,tapi tak semua antara kami nie lulusan SPM je..ramai je yang pemegang diploma dan ijazah..tapi kami tak la bernasib baik macam korang,habis belajar terus bekerja...kami cuma nak merebut peluang yang diditawarkan kepada kami walaupun tawaran tu jauh menyimpang dari lulusan kami..hari nie korang cuba sabotaj kami dengan alasan PENGALAMAN nie...ingat,satu hari nanti  anak-anak korang pun akan rasa apa yang kitorang rasa..peluang kerja masa depan lagi sempit...apa salahnya bagi ruang untuk golongan macam kami nie menimba pengalaman...

·         LUASKAN SKOP KERJA PT RINTIS UNTUK LEBIH BANYAK LAGI KERJA DATA LAIN YANG DILAKUKAN OLEH GURU – nie pun satu hal..ko ingat mentang-mentang kitorang nie pt data,semua keje data nak sumbat kat kitorang?baca garis panduan la bro..kami nie bukan PT DATA sahaja...kami jugak PT untuk PSS...70% kerja kami sepatutnya pada PSS,bukan pada data..tapi oleh kerana kerja data dah terlampau banyak,kitorang terpaksa anak tirikan PSS..tu pun ada jugak rupanya insan macam kau yang rasa kitorang nie tak banyak cukup banyak kerja kan..bertimbang rasa la sikit..kami nie manusia jugak,sama macam kau..kami pun ada keluarga,sama macam kau..kami pun ada yang dah merasa bangun pukul  3 pagi untuk buat data,sama macam kau..Cuma bezanya nasib korang terbela,kesusahan korang dipandang..tak macam kami yang masih dalam percubaan...semuanya kami iyakan,semata-mata untuk menjamin nasib kitorang di masa depan..


Banyak lagi sebenarnya yang aku nak luahkan..rasa sedih dengan segelintir guru yang negative dengan kehadiran kitorang..memang,aku akui ada di kalangan kami yang buat hal,tapi bukan semua..manusia..kami bukan malaikat..kami pun ada cacat cela..

Kesian betul nasib kawan-kawan aku yang dapat guru yang negative dengan program Rintis nie..salah kami ke jawatan nie wujud?bagi aku dan kawan-kawan yang beruntung dapat sekolah yang menerima kehadiran kami dengan hati terbuka,Alhamdulillah..banyak ilmu yang kami dapat,apa lagi sokongan dan doa supaya kami dikekalkan di sekolah..membandingkan keadaan aku dengan keadaan segelintir kawan-kawan aku yang tak bernasib baik,aku rasa bersyukur sangat..

Dan yang paling aku sedih tadi,sesi dialog berakhir tanpa sorang pun wakil PT Rintis dapat bersuara..dengan masa yang terhad,wakil PT Rintis terpaksa duduk semula kerana waktu untuk bertanya soalan dah tamat..tak ada ke mana-mana pegawai di mana-mana peringkat yang sensitive dengan kehadiran PT Rintis?tak ada siapa yang kisah ke untuk dengar luahan hati kami?sekurang-kurangnya,carilah sorang wakil daripada setiap golongan untuk bersuara...tadi,bagi  aku,lebih kepada luahan hati guru-guru..ada yang mengajukan soalan yang boleh aku sifatkan sebagai rubbish dan mengarut..hal dalaman dibawa ke platform yang tak sepatutnya..soalan yang dah dijawab ditanya lagi..semua tu membuang masa..apa-apa pun,aku bangga dengan abang Fairuz yang berusaha untuk bangun menjadi wakil PT Rintis bagi pihak kami..mungkin tak ada rezeki kita untuk bersuara..dan dalam kalangan 2000 orang yang ada dalam dewan tu,komuniti kita lah yang paling bawah..bak kata orang ,melukut di tepi gantang..ada tak menambah,tak ada tak mengurang..

Dan aku jugak ada terasa,kehadiran PT Rintis dalam majlis tu  tadi tanpa sedar ibarat menjadi bahan ejekan sesetengah guru..ada aku dengar suara-suara halus di belakang aku..

”tambahkan je kerja pada pt rintis nie..biar diorang rasa pulak..”

Kenapa ada guru yang ibarat berdendam dengan PT Rintis nie?ape salah kami pada korang?kami ke yang tarik balik jawatan tu daripada korang?kami ke yang lambakkan kerja-kerja tu pada korang?korang tau tak,masa mula-mula kitorang ditaklimatkan yang kitorang akan datang ke sekolah untuk membantu meringakan beban guru,kami rasa bersyukur sangat..terasa mulia apa yang bakal kitorang buat..mane tak nye..membantu meringankan beban..tak sangka pulak rupanya kehadiran kitorang jadi beban pada korang..yelah..ada yang datang tu memang zero dalam ilmu computer,tapi tiba-tiba nak buat data..tapi,niat kami datang nak membantu..mungkin pada awalnya terpaksa menyusahkan korang,tapi sementara je..bila kami dah terlatih,insyaallah kami takkan susahkan orang lain..dan untuk peringatan korang yang mungkin dah lupa,kehadiran kami nie pun atas rungutan korang yang mengadu terbeban dengan tugas selain tugas hakiki..sesungguhnya manusia nie memang takkan pernah bersyukur..

Kepada guru-guru yang menyokong kami,syukran kami ucapkan..andai kami  diizinkan Allah untuk terus membantu kalian,insyaallah kami akan cuba sebaik mungkin..tapi andai rezeki  kami di sini terhenti sehingga hujung tahun nie,semoga kalian sukses dalam melakukan kerja-kerja kalian semula..sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk masa depan masing-masing..kepada guru yang terganggu dengan kehadiran kami,ribuan maaf kami harapkan..tak terniat untuk kami menganggu tugas kalian,tapi ini semua amanah yang terpaksa kami jalankan..


YANG BAIK DATANG DARIPADA ALLAH..YANG BURUK,KAMI AKUI,DATANG DARIPADA KAMI..wallahualam..


oNg~oNg : hak?lu pk la sendiri..

Thursday 24 October 2013

KURSUS PUNYE HAL..

ASSALAMUALAIKUM..


tamat sudah kursus 3 hari 2 malam kat Hotel kak Midah tu..ape yang aku boleh katekan,hotel tu memang hotel Midah....so????


korang bayangkan,dengan barang2 yang banyak,kt hotel tu pulak lif cuma 2..berasak2 nak naik..tunggu turn hampir setengah jam..stress tau tak???

nie cuma barang2 n peralatan untuk bengkel..beg baju belum lagi..haihh..haihhhh..haaaiiiiiiiiiiiiihhhhhh...


tapi even hotel tu cuma hotel Midah,tapi seronok sebab kembar siam aku ikut sekali..


dalam bas sebelum pergi..


kelas malam..phuiiiii...hahaha


mata bengkak2 tengok ACA..hahahahahaha..


seronok gak bila dapat g berdua nie..walau hotel tak berapa best,tapi ade membe yang sebulu,rasa macam dok kat hotel mewah je..kahkahkah


bila g dengan dia nie,jawabnye memang idop la saka dalam perut aku nie..gemuk berketontang bak kate orang Melaka...makan tak ingat dunia..bayangkan..hotel dah bagi makan 6 kali sehari..kami masih cari  mee segera kt 7E..beserta jajan dan air gas..mane tak gemuk budak dua ekor nie...


hari pertama makan megi dimalam hari,rasa syahdu je..makan Mamee Chef dalam cup...bila dah habis,masing2 nak basuh cup tu untuk pakai hari esoknye..almaklum la,nak jimat katenye..beli satu megi cup n satu megi bungkus..waahaha..oleh kerana takde sabun,kitorang rendam cup tu dengan SHAMPOO..sebab kotoran minyak pada cup tu sangat degil,kitorang rendam sehari semalam..kahkahkah..


bila kitorang rendam megi bungkus dalam cup tu,terasa hilang semua nikmat dunia..kahkahkah...rasa shampoo tu melekat pada megi..Umi tak jadi makan..aku pulak,mengujur lalu melintang patah..habis aku kerjakan..shampoo pun shampoo lah..Umi pun pelik..kahkahkah..

dan pagi tu,kami terima akibatnya..dua2 berebut toilet nan satu tu...aku daripada sembelit terus cherry berry..terbaik la megi shampoo..kepada mereka yang menghidap sembelit,boleh la letak setitik dua shampoo dalam megi anda..mekacih..

banyak benda yang aku belajar kat bengkel tu..agaknye terlalu banyak sampai aku jadi kalut tak tentu hala..


sape nak jawab semua nie????


masa hari kedua kat sana,tiba2 aku rasa 'special'..sebab ape?sebab bilik aku je yang dapat panggilan misteri daripada 'technician' hotel Midah...waakakaka...


pemanggil : hello..nie bilik 905 ke?
aku : ye saya..siapa nie?
pemanggil : siapa nama ye?
aku : saya mira..
pemanggil : duduk sebilik dengan siapa ye?
aku : dengan Umi Hani..
pemanggil : dia daripada mana ye?
aku : sk telok mas..
(dalam hati aku,banyak pulak mamat nie tanye)
pemanggil : awak pulak?
aku : sk terentang..
pemanggil : oo..ada apa-apa masalah ke?
(dalam hati aku.prihatin jugak hotel nie..siap call tanye masalah..waakakaka)
aku : hmmm...aircond nie memang macam nie ea..panas la..
pemanggil : memang macam tu cik..
aku : tapi panas la..
pemanggil : kalau panas bukak la baju..
aku : (dalam hati aku da mula rasa lain macam..takkan receptionist cakap macam nie..) ko nie N****A ea?
pemanggil : macam mane ko tau?
aku : $#^^@%#^$**$^%**%*%%^^$&#*#^$


konghasam punye budak..idop2 dye gulai aku...kahkahkah..rupanya budak laki yang same2 datang kursus ngan kitorang jugak..saje nak menyakat..kuang asam tol..hahaha..penuh konfiden aku cerita problem bilik aku,rupanya kena tipu...hampeehhh..



lepas 3 hari bertungkus lumus naik turun lif,tido berpeluh-peluh,dan struggle dengan siaran tv yang lintang pukang,akhirnya dapat la aku segulung sijil yang dinanti..yeeeba....

ceria cik mira nie dapat sijil..bangga mak aku..waahahaha..

cemerlang..


sebelum balik,sempat la jugak amik beberapa gambar kenangan *kononnya* kat hotel Midah nie..

pemandangan dari tingkap bilik hotel..

kat dalam bilik..feeling diva la tu..phuuiiiii....

kat botol air pun jadi laa..


gambar nie wujud sebab incik tunang nak bukti yang aku g hotel mane..boleh jadik kan macam nie..layankaaannn..waaakakaka...


yang nie cik mira over gedik..tolong lempang sikit..


balik tu,kami singgah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman...ni semua idea kaklong kawasan,kak Idah..cuma bas kitorang je yang menyinggah kat situ..kalau takde dia mungkin tak merasa kot..waakakaka..

kaklong kawasan mintak duit perlindungan..waakaka...


sesampainye kat situ,ade jugak hajat hati nak beli tudung..katenye murah2 kat situ...gigih aku masuk Sogo nak g cucuk duit..bila duit dah ada kat tangan,tiba2 aku rasa berat hati nak shopping..waakakaka...baik aku layan saka dalam perut aku..makaaannnn...

sebelum makan,aku ternampak ade abg nie betulkan kasut kat tepi jalan..aku pun singgah dulu sebab kebetulan kasut aku dah nak tanggal tapaknye..kopak RM15...aih..

mekasih abam..


kat sebelah abam nie buat kasut,ade kedai mamak...bau masakan dye punya la sedap..tergoda aku ngan umi..mula la saka kitorang manarik2 kitorang untuk masuk ke kedai tu..

tapi bila masuk je,kitorang pelik sebab kedai tu kongsi ngan kedai cina..nak kate cina muallaf,macam lain pesen pulak..aku ngan Umi tak berani nak makan..kitorang keluar balik..siap je kasut aku,kitorang terus g KFC..

dalam pukul 3.30 kitorang pun gerak balik melaka..hujan lebat kat bumi kolumpo mase tu..sedih kot kitorang nak balik..


sampai ke Bukit Katil dalam pukul 6 macam tu la..balik tu tumpang kak Idah sampai rumah Umi kat Duyung..kereta kak Idah da macam lori kecik dah...penuh dengan orang dan barang..

nie cuma barang aku dengan Umi..barang kak Idah kat bonet...melampau kan..


sampai rumah Umi,aku terus gerak balik rumah naik motor yang aku tinggalkan kt rumah dia..barang tinggal sana dulu..tokleh bawak naik moto..kesian mereka...

and i've safely arrived home..huaaaarrrggghhhh..penat gila masa tu..lepas isyak aku terus tido..pengsan sampai pagi..rasa macam nak amik cuti tapi teringat keje banyak..sobs...sobs..umi cuti..huwaaaaaaaaa.....

esok pulak aku ada Bengkel EMIS kat Parit Gantung..adooiii..letiiihhhhh.....


oke la...hari nie aku cuma ada 1 jam je untuk berjimba dalam blog..keje banyak...nie belum sempat jenguk PSS lagi nie..ntah ape rupa..tunggu la awal bulan depan baru masuk PSS..settlekan data dulu..waahahaha..

lowat kan...kan..kan..


oke la..aku nak sambung keje nie..balik kursus nie,banyak kerja tertangguh..lain kali aku singgah sini lagi..tata semua..

oNg~oNg : gugur rambut bila banyak sangat kerja nie..

Thursday 17 October 2013

KURSUS DAN KURSUS DAN KURSUS...

ASSALAMUALAIKUUMMM..

cerah cuaca hari nie..terik pulak rasanya nak keluar...aircond pun tak terasa...


hari nie bertimpa2 pulak berita datang..


dalam kata bergelak ketawa dengan si Umi Hani,tetiba mata aku tersorot pada 1 post kat facebook...



ade seseorang kat group facebook post pasal Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Bagi PT(P/O) Rintis...katenye bertempat di Hotel Midah,Kuala Lumpur..adooiiii...kursus lagi..kalau jenjalan best gak..haih..tarikhnye 21 hingga 23 Oktober..maknanya minggu depan...aaarrrggghhh!!!!!!!


bila ngenangkan kena g kuar sekolah time2 banyak keje nie,terasa macam nak jerit je..

mula2 aku ingatkan aku tak kena..lega selega-leganya..bila aku nampak senarai nama tu,bergenang air mata aku..*aku tipu*


lepas tu nampak pulak benda alah ni..pun dapat dari facebook jugak..



Ya Allah..banyaknyeee nak kena bawak..rasa macam tak gagah je nak g..brape beg nak bawak??ha??ha???ha??????


tinggal esok je yang ada untuk cari barang2 yang diperlukan nie..aduii..suntuk betul masa yang ada..


kalau betul diorang kate boleh bahagi2 untuk bawak,bagus jugak..senang sikit..nie dengan beg baju dah satu hal..nak bawak barang nie semua rasa macam nak pitam je..


lepas tu,dapat pulak surat nie...



Bengkel Verifikasi Data Emis...waaarrrggghh..aku kena hari Jumaat 25 hb...tak sempat bernafasssss....tolong tolong!!!!!


adooii..kenapa la dalam minggu yang sama..sesak napas aku..


hmmm..sabtu pulak akak aku ajak g Sungai Rambai..teman dye wat ape ntah..lupa plak aku..haih..satu hal lagi...


bertabah la wahai mira..lalui satu persatu..


oNg~oNg : padan muka aku..

Wednesday 16 October 2013

KESIBUKAN BERMULA..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..



masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua kawan-kawan dan saudara Islam..


hmmm..dah masuk bulan 10 nie,nampaknye bermula la kesibukan aku menguruskan hal melibatkan urusan nikah kawin..dulu rasa macam tak susah sangat nak kawin nie,rupanya agak leceh jugak..banyak yang perlu dilakukan...


dari pemilihan tarikh perkahwinan,urusan pendaftaran nikah,penyediaan dokumen semua agak rumit (bagi aku la)..aku baru tau yang negeri Johor dah kena buat permohonan nikah secara online...Melaka still pakai borang lagi rasanya..agak leceh bila isi online sebab lepas daftar,kena call pejabat kadi untuk aktifkan pendaftaran,baru boleh proceed untuk isi permohonan nikah..

muka depan

masa isikan permohonan untuk tunang aku (memandangkan tunang aku tak pandai nak online),muka tunang aku da naik biru da *ok aku tipu je..*..mane tak nye..da la dye bengang masa orang kat pejabat kadi tu kate kena isi online..kelam kabut amik aku,ajak g kedai  mamak untuk guna wifi free (kedekut betul),pastu tengok kedai  mamak tu TUTUP!!!!!adooiii abam mamak..kenapa la time nie ko nak tutup kedaaaaii..kate 24 jaammm!!


aku cuba jugak online kat parking kedai mamak tu..nasib baik la abam mamak tak tutup wifi..punye la semangat nak isi borang tu...step by step,last2 sangkut kat bahagian pendaftaran sebab kena call pejabat kadi Muar untuk pengaktifan...masa isi tu pulak (semalam) hari Raya Aidiladha..mane la bukak pejabat tu kan...tu yang tunang aku bertambah bengkak..nasib baik aku tunang dye..kalau aku cupcake da lame dye telan aku tanpa kunyah...

sampai sini aku dah tersangkut...demmm...

tapi bukan salah aku kan incik nunang?kan??kan??nasib baik incik nunang belanja burger semalam..


hari nie aku sambung ape yang tersangkut semalam..pagi2 lagi aku da call pejabat kadi Muar untuk aktifkan pendaftaran..


aku proceed...satu persatu..satu persatu..satu persatu..and done..tiba masa untuk print..hati da bunga2 riang..jadi kawin la gamaknye nie..kahkahkah..dengan bangganya aku gtau tunang aku yang borang dye dah settle..aku suruh dye ambik petang nie..


tetiba aku tengok kat bahagian cetakan tu,borang untuk pemeriksaan HIV kelabu...tandanya TAK BOLEH PRINT!!!!!!masak aku..kalau aku gtau tunang aku nie mesti hilang pedoman kejap brader nie..sebab masa dye tanye dengan orang pejabat kadi tu,dye kate borang HIV boleh print online je..cari maut betulll..


aku call lagi pejabat agama Muar tu..kate akak tu,memang borang HIV kena amik kat pejabat agama..amendeeeee la cakap macam....ehh macam.....eeeeehhh geraaammm maaakk naaakkkk....


masa aku call tunang aku bagitau pasal borang HIV tu,macam yang dijangka,tunang aku membara la ape lg..bukan salah saya kan??kan??kan??


hmm...pandai2 la dye...aku print mane yang ada je..lepas tu aku fotostat pe yang perlu,petang nie aku bagi kt dye...lepas satu bab..tentang borang aku,tungu borang dye settle baru aku amik borang aku...prosedur kat Johor agak strict sikit...jadi biar dye lepas dulu...


banyak lagi nak diuruskan untuk proses nikah nie..pening jugak kepala aku..tarikh In Sha Allah dah ada..cuma belum confirm je..doa2kan la ye..


kepada incik nunang,diharap bersabar menempuh alam kekalutan nie..tak lama semua nie..pe boleh buat..hadap jela...apa yang kira alami nie,dah berjuta orang alami dulu..diorang boleh bersabar,kenapa kita tak boleh kan?chayookkk!!!!!!!!!!!!



oNg~oNg : nak kawin benau je gamaknye...kahkahkah

Thursday 3 October 2013

bekas "SAHABAT"

Assalamualaikum..


salam petang khamis yang sangat cerah...


hari nie...macam mane terik cuaca kat luar,macam tu terik jugak perasaan aku sekarang..


dengan sikap tunang aku yang semakin hari semakin dingin...masalah kewangan terutama bila membabitkan majlis perkahwinan...dan dengan tak semena-mena abang angkat aku boleh pulak cerita pasal bekas kawan aku yang dah lama aku cuba lupakan...aaarrggghhhh...kenapa mesti dia ungkit??kenapa??kenapaaaaa???


bukan la hati aku jahil sangat sampai tak mampu maafkan dia..aku dah maafkan..tapi untuk lupakan,tak semudah yang aku jangka...kalau setakat melukakan hati aku,mungkin aku masih boleh bertahan..tapi apa yang dia buat tu dah mengalirkan airmata kawan2 aku yang lain..sampai hati dia...


sedangkan selama nie kitorang tatang dia macam minyak yang penuh..sebab kitorang tau,dia budak yang lurus..semua orang tau yang dye budak baik..pendiam..tak pernah membantah..susah nak marah..slalu jadi bahan kalau kitorang nak usik2..


tapi siapa sangka..dia menyimpan hati dengan kitorang..gurauan dikata buli..nasihat dikata marah..



KAU TAU TAK,KITORANG MARAH KAU SEBAB KITORANG SAYANG????KITORANG TAKNAK KAU BUAT BENDA TAK BETUL...KALAU KITORANG TAK SAYANG,KAU MATI TEPI LONGKANG PUN KITORANG TAK PUNGUT TAU TAK!!!!!!


kau la satu-satunya kawan yang buat aku kecewa..sangat-sangat kecewa..tapi terima kasih..kau bagi aku pengalaman yang paling mahal dalam hidup..dan sebab kau jugak,aku kenal mana kawan susah senang aku..yang pasti bukan KAU...



kau tau tak apa perasaan dipersalahkan atas kesalahan orang lain?kau yang lari dari keluarga,kenapa aku dengan kawan-kawan aku yang perlu terima cercaan bagi pihak kau?kenapa masa tu jugak aku nak dengar yang kau mengutuk aku dengan kawan-kawan aku yang lain?kenapa kau yang jadi macam tu,dan kami pulak yang perlu terima tempiasnya?



aku tak pernah menyesal kenal kau sebagai kawan aku..sebab di sebalik semua kesedihan yang kau lempar kat kitorang,ade jugak kenangan manis yang buat aku tersenyum..kau kawan aku..makan minum,tidur baring,senyum ketawa kau semua depan mata aku..tapi kenapa..kenapa kau tinggalkan kitorang dengan cara macam nie?kenapa kau tinggalkan kitorang bersama makian orang sekeliling?



kau tak ada masa aku dengan kawan-kawan aku menangis tepi padang sebab KAU..kau tak ada masa aku kena maki dengan "someone" sebab kau lari rumah,kononnya kau lari sebab AKU BULI KAU...kau tak ada masa mak kau marah aku sebab tak jaga kau..kau tak ada masa lecturer perli pasal kau..



aku bukan nak singkap balik kenangan lama,kau pun dah bahagia dengan lelaki pilihan kau tu..tapi sebab someone dah bukak cerita pasal kau yang buatkan darah aku naik serta merta..




aku dah lama maafkan kau..tapi mungkin aku perlukan masa untuk lupakan pe yang berlaku..kau mungkin bahagia sekarang,sebab kau tak pernah pandang balik kawan2 kau yang hina nie..aku tak menyesal sebab berkawan dengan kau..cuma aku menyesal..kenapa airmata aku tumpah untuk orang macam kau..sekarang,aku cuma perlu bersyukur dengan apa yang aku masih ada..kawan2 susah senang yang masih ketawa dan menangis bersama aku..diorang yang datang untuk kesat airmata yang jatuh kerana kau..


untuk KAU,semoga bahagia..jangan datang lagi dalam hidup aku..kisah persahabatan aku dengan kau dah lama tamat..






oNg~oNg : entry penuh airmata..

Thursday 26 September 2013

METEOR GARDEN vs BOYS OVER FLOWERS

Lately da kemaruk balik tengok korea..tp takde la sampai aku ikut gila2 macam dulu..skang cuma menyambil je...


dalam sebulan lepas aku da tutup cite Meteor Garden n Meteor Garden 2...dulu aku memamg dah pernah tengok,cuma ulang balik je..





sinopsis drama nie :
Cerita ini berawal dari orang tua San chai yang mati-matian ingin agar anak satu satunya ini menikah dengan seorang yang kaya untuk memjadi " tulang punggung" buat biaya seluruh keluarga dia yang miskin , sehingga dengan banting tulang berusaha menyekolahkan Sang Chai ke Universitas Elite Ing Te ,

San Chai tidak begitu senang dengan suasana sekolah tersebut , terutama dengan Geng yang meyebut diri mereka F4 , kumpulan 4 cowo yang mempunyai orang tua kaya .Para murid dan para guru pun tunduk kepada mereka , siapa yang mereka tidak suka tak lama pasti angkat kaki dari Universitas Ing Te .

Suatu Hari Li Cen , teman dekat San-chai tak sengaja menumpahkan tinta di baju Dau ming shi (Baca Tau Meng She ) , Dau ming shi marah dan memaki temannya . San Chai yang melihat kejadian itu langsung menjadi panas dan mencaci Dau ming shi . Dau Ming shi marah dan sejak kejadian itu kehidupan San chai di sekolah mulai tidak tenang , banyak yang mengganggu dia dan mengerjai dia . Dau ming shi sebenarnya hanya ingin memberikan Sang Chai pelajaran sebab dia telah memaki dia , dia tak pernah menyangka bahwa San chai benar benar ingin berperang setelah di ganggu oleh seluruh mahasiswa Universitas Ing te ,dan lebih bodohnya lagi dia tak pernah menyangka bahwa dia telah menyukai San Chai

Lama kelamaan setelah pertengkaran demi pertengkaran San Chai dan F4 menjadi dekat , tak heran jika Phai he , Chien Hui dan Li cen iri dengan San Chai . Tapi untunglah selain yang membenci mereka ada juga Ching He , teman lama San Chai yang selalu berusaha menolong dia walau pada akhirnya dia yang selalu ditolong oleh San Chai.Pelbagai krisis demi  krisis yang dilalui mereka dalam melalui kisah cinta mereka..

n seminggu lepas,aku mula marathon cite Boys Over Flowers pulak..





sinopsis drama nie:

Drama ini berkisah tentang seorang gadis bernama Geum Jan DiIa menerima beasiswa untuk masuk sekolahtinggi bergengsi, Sekolah Menengah Atas (SMA) Shinwa, setelah menyelamatkan salah satu siswa Shinwa dariusaha bunuh diri saat pengiriman binatu. 

Setelah masuk ke SMA Shinwa, ia melihat bahwa sekelompok anak laki-laki kaya dan tampan yang disebut "F4"(singkatan dari "Flowers 4") adalah yang paling populer diantara para siswa, dan seluruh siswa disekolahtampaknya memuja mereka. 

Namun F4 mengganggu semua orang di sekitar merekadan siapapun yang tidak menuruti apa yang mereka inginkan maka akan menerima "kartu merah" dan dijatuhi hukuman oleh F4. Pada awalnya Jan Di membencimereka semua dari berdiri untuk menantang mereka semua. 

Tapi akhirnya ia mulai memiliki perasaan untuk salah satu dari mereka yaitu Ji Hoo tapi ia juga menemukan bahwa pemimpin kelompok Ju Pyo juga jatuh cinta padanya. 

Ini adalah tentang cinta segitiga antara Jun PyoJan Di dan Ji Hoo, dan bagaimana kisah ini akan berlanjut, pada siapakah Jan Di akan menjatuhkan pilihannya? 


dari episod pertama aku da dapat kesan kebersamaan cite nie ngan cite Meteor Garden...


hmm..bila aku compare dua2 drama nie..rasanya Meteor Garden lagi best kot..sebab..ntah..aku lagi feeling tengok cite tu dari Boys Over Flwers nie..

walaupun pelakon2 MG nie tak berapa nak macho sangat,tapi better kot dari BOF..and heroin MG lebih menjadi wataknye...

hmm..aku baru lepas google pasal hal ni..rupanya memang ada banyak jugak drama yang mempunyai jalan cerita yang sama..antaranya : 


HANA YORI DANGO-VERSI JEPUN(1995)
METEOR GARDEN-VERSI TAIWAN(2001-2002)
HANA YORI DANGO-VERSI JEPUN(2007-2008)
BOYS OVER FLOWERS-VERSI KOREA(2009)
METEOR SHOWER-VERSI CHINA(2009-2010)


aih..agak banyak rupanye keturunan dye...baru la aku tau kesahnyeeee...


hmmm...yang penting jalan cerita dye memang best...mungkin sebab tu la cerita nie banyak versi dari pelbagai negara..Malaysia taknak join ke?hehehe..gurau naa..


dalam sebulan nie nak marathon cite nie sampai habis..chayok2!!!


oNg~oNg : kan best kalau dapat jadi cam heroin tu..dikejaaarrr lelaki kayaaa..kahkahkah

PERMATA YANG DICARI

Assalamualaikum oollsss....


hari nie  hari yang agak tenang..sessswaaaaii nak layan nasyid...


hari nie aku nak share satu lagu nasyid menyentuh hati dari kumpulan D'Hearty..tajuknya Permata Yang Dicari..

Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


best kan lirik dye..sweet je...










jom layan sesama..




oNg~oNg : tukar genre kejap..waakakakaa..

Monday 23 September 2013

MARAH ATAU BIAR?

sebelum cik mira melebarkan khutbah,ingin cik mira mulakan dengan 



ASSALAMUALAIKUM..


kenapa tajuk cik mira hari nie macam orang takde pedoman?sebab hari nie cik mira MEMANG dah hilang pedoman sekejap tengok perpustakaan ni macam kapal Titanic karam..


annoying tau tak?sekolah nie ade pengawas perpustakaan yang LANGSUNG TAK BERFUNGSI!!!


bukan la nak merungut dengan kerja,tapi setahu aku,kerja kemas buku nie bukan keje aku..tapi keje pengawas perpustakaan..aku dah penat nak mengadu pada pentadbir..budak2 nie makin mengada2 semenjak aku ada nie..walaupun aku tegur diorang,suruh bertugas time rehat,ditong sampahkan aje teguran aku nie..mentang2 la aku nie kerani je..


dear kids,akak korang nie tak la penyabar mane..jadi jangan lebih2 ye..kalau da sepahkan tu,pandai2 la susun balik...kat library nie takde bibik..memang hakikat yang korang nie KANAK-KANAK..tu memang akak tak boleh ubah..tapi tak salah kalau korang nie belajar untuk lebih berdisiplin...akak korang nie bukan tak pernah jadi kanak2...akak dulu pun degil jugak..tapi korang kena ingat,terutama yang dapat peluang jadi pengawas perpustakaan tu..keje kena jalan la dik..jadi la budak degil yang tau pikul amanah...nie kadang2 aku tengok korang lagi jahanam perangainye..buku tumbang depan mata pun korang spenderkan aje...





bila aku tengok balik gambar2 nie,aku jadi pelik dengan budak2 pengawas nie..senang pulak mata korang tengok all this mess kan?????


kalau aku takde nanti,ntah macam mane la library nie...lu pk la sendiri..


oNg~oNg : melampau2...nak  marah tak boleh..makan hati je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...