Pages

Followers

Wednesday 15 June 2011

AKU,,DIA DAN SEGALANYA..

malam tadi,,sekali lagi dia ulang pendirian dia..


dia tak suka aku SMS benda-benda yang dia tak suka dengar..



seriously,,aku memang kecik hati..



tapi aku cuba tenangkan hati sendiri..memang dia dah beberapa kali mention perkara tu,,aku je yang degil..dia tak suka aku sebut pasal mati,,mesej 'jiwang-jiwang',mesej tanpa sebab,mesej tanpa arah tuju n segala la..semua dia tak suka..


kalau dulu,,dia selalu complain,,aku susah nak reply mesej dia,,call pun boleh dikira dengan jari..tapi sekarang dah terbalik..aku yang selalu call n mesej..dia pulak,,mesej tak pernah balas,,call pun kadang-kadang kena marah balik..


orang kate,,hidup ni ada up and down..aku boleh terima setakat ni,,alhamdulillah..


tapi aku ni tetap perempuan..hati aku kecik je..walau bagi dia aku ni ego,,degil,,hati keras,,tapi aku nie masih perempuan..aku tau dia marahkan aku tentang hal lampau..mungkin berdendam n menyimpan dalam hati..tp aku ni pun tahu marah,,tahu simpan dalam hati,,tahu berdendam..kalau ikutkan,,aku pun boleh jadi sekeras dia sekarang..


tapi aku taknak..sebab aku sayang dia..sebab dia la aku jadi lembut hati,,ego aku melayang,,aku berubah..


kalau dulu,,lelaki layan aku macam ni,,aku dah lama tinggalkan dia..tapi aku tak boleh dengan dia..walau apa pun dia cakap pada aku,,aku masih tunggu..walau dia pernah kata aku ni membawa masalah kepada dia setiap kali aku telefon dia,,aku masih tak serik..walau dah beribu kali aku cakap aku nak pergi dari hidup dia,,aku  tetap kat sini..mungkin dia pun dah boleh hafal skrip aku kot..dia pun dah tak kisah kalau aku cakap aku nak pergi,,sebab dia tau aku takkan pergi..dia pernah sahut cabaran aku untuk buat aku merayu-rayu pada dia,,n dia menang akhirnya..



apa yang aku tulis kali ni,,bukan la aku nak mintak simpati dia..tapi aku nak dia tahu luahan hati aku..aku pun tak tau kenapa sekarang,,setiap kali aku telefon dia,,aku tak mampu cakap apa2..apa lagi nak luahkan semua ni..


malam tadi aku da hampir-hampir luahkan,,tapi dia minta aku pergi tidur..oke..fine..lepas letak telefon,,aku taip mesej panjang-panjang,,dah bersedia nak hantar..tapi bila ingat yang dia tak suka,,aku padam semua..semua sekali termasuk goodnight wish..


aku tahu aku sayangkan dia..tapi aku tak pasti sampai bila..aku taknak berjanji yang aku boleh sayangkan dia sampai bila-bila,,sebab aku taknak janji tinggal janji..dia sendiri pernah janji,selagi aku tak lepaskan tangan dia,,selagi tu dia takkan lepaskan tangan aku..tapi akhirnya,,bila aku mula capai tangan dia,,dia tolak aku..mungkin dia dah lupa janji dia..



aku nak mulakan hidup baru,tanpa dia..tapi segalanya macam tak mengizinkan..bila aku da leka,,aku slalu termimpikan dia..bila aku cerita,,katenye mimpi mainan tidur..dia tak faham..



kepada dia,aku minta maaf kalau entry ni pun dia tak suka..ni la apa yang aku kadang2 nak luahkan tp tak terkeluar kat fon..aku takkan minta dia percaya semua ni,sebab dia sendiri pernah cakap,dia takkan boleh percaya aku lagi..aku sedih bila orang yang paling aku harapkan,,yang paling aku sayang tu lah yang cakap macam tu..


kalau ada sesuatu yang aku boleh sesalkan,,aku nak menyesal sebab biar dia tahu aku sayangkan dia..



sekali lagi,,aku mohon ampun pada dia..mungkin aku tak boleh elak daripada call dia lagi dan lagi dan lagi..tapi jujur aku katakan,,aku dah putus asa..aku dah tak percaya ada jodoh antara aku dan dia..dah lama sangat kami main tarik tali..aku lari,,dia kejar..dia lari,,aku kejar..sekarang aku dah taknak bergerak lagi..


I'VE DONE MY BEST,,AND I WILL LET ALLAH DO THE REST..


kalau ada jodoh aku dengan dia,,biar Allah yang tentukan jalannya..



 

setiap kali dengar lagu ni,setiap kali tu jugak aku teringatkan dia..



oNg~oNg : airmata bertubir..tunggu nak jatuh..tapi nasib baik fikir tengah keja..x'(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...