Pages

Followers

Tuesday, 12 April 2016

PERJALANAN MENCARI JODOH( 2nd WEDDING ANNIVERSARY TRIBUTE )

Alhamdulillah…pejam celik pejam celik dah 2 tahun rupanya aku jadi bini orang..hahaha…Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…segala puji bagi Allah yang memberikan aku kesempatan untuk merasai segala nikmat kurniaanNya…

Mengenangkan betapa mudahnya Allah permudahkan pertemuan aku dan suami hingga membawa ke jinjang pelamin,rasa macam rugi pulak masa muda aku habiskan untuk bercinta dengan jodoh2 orang..hahahaha…beberapa kali bercinta tapi terputus di tengah jalan…melalak mcm nak mati,menyorok bawah meja,tepi tong sampah,bawah singki…duit abis brape banyak ntah semata2 untuk top up nak bergayut…betapa aku menzalimi diri sendiri…hahaha..tapi bak kata orang…Allah temukan kita dengan orang2 yang salah supaya kita belajar dari kesilapan,sebelum kita bertemu dengan orang2 yang betul..tak gitu jah…hahahaha..*ayat sedapkan hati sendiri*

Dalam perjalanan mencari jodoh tu,aku bertemu dengan ramai orang…bermacam ragam…dari situ aku sedar kesilapan diri sendiri dalam mencari pasangan hidup…aku nak Mr. Perfect…yang boleh comfort aku dari semua sudut…agama,kewangan,perilaku…kalau boleh,aku nak lelaki yang lengkap dengan semua pakej tu…betapa sombongnya aku dengan diri sendiri…

Dan kerana kesombongan tu,Allah uji hati aku dengan mempertemukan aku dengan orang2 yang hampir sempurna kat mata aku…antara ramai2 yang aku kenal,ada 2 manusia yang Allah hantar untuk beri pengajaran pada aku...untuk pertama kali,aku berjumpa dengan orang yang cukup sabar,cukup tenang,cukup matang melayan aku yang sangat kebudak-budakan pada masa tu…dari sedegil2 hati,dia usaha untuk lembutkan sampai aku terima kehadiran dia…dan di saat aku dah betul2 sayang,Allah tegur aku…aku sombong…aku nak lelaki yang sabar sedangkan aku selalu buat dia marah…dalam tak sedar,Allah jauhkan kami..

Kali kedua Allah uji kesombongan aku…Allah pertemukan aku dengan seorang yang sangat alim…rajin menegur,tapi dalam masa yang sama sangat riang dan relaks..selalu mengingatkan aku dengan benda2 yang baik…sampai satu saat aku rasa dia sangat sempurna sekiranya menjadi seorang suami…tapi sekali lagi Allah menegur aku…terlalu menginginkan kesempurnaan sedangkan aku tersangat jahil…kesempurnaan dia tu jugak yang membunuh perasaan aku pada dia…kerana dia turut merasa diri sendiri sempurna,beberapa kali aku rasa terhina bila dia mengungkit kejahilan aku secara tak sedar..kali itu,aku yang menjauhkan diri…kerana merasa tak layak di sampingnya…

Bermula saat tu,aku letakkan segalanya pada ketentuan…aku berhenti mencari..aku redhakan hati..dan saat aku mula redha,Allah datangkan dia…

Dia manusia tak sempurna macam aku jugak…dan kerana ketidak sempurnaan tu,dia tak pernah merendah-rendahkan kejahilan aku...sama2 bergerak untuk berubah..dia berusaha untuk buat aku rasa sempurna bila bersama dia..walaupun masa mula2 kenal,dia tak sesabar orang lain,tapi dia berusaha untuk kekalkan kesabaran bila bersama aku..dan hari ni,dia antara manusia yang paling sabar melayan kerenah aku selepas mak abah..

Masa masih bertunang,aku selalu rasa tersisih sbb dia jarang mesej n call,tak macam lelaki2 yang aku kenal dulu..tapi lepas kawin,bila duduk bercerita dengan mak mentua aku,baru la aku tau..macam mane dia berusaha cari duit sampai tak ada masa untuk diri sendiri..apa lagi masa untuk aku…masa lapang yang ada,dia cari part time untuk dapatkan duit lebih…aku pulak?kejap2 send mesej sentap sbb dia tak layan..hahaha…

Satu yang aku belajar dari kesilapan aku…orang yang tak serius dengan kita,memang akan ada banyak masa dengan kita…membuai kita dengan kata2 manis…tapi belum tentu boleh bagi komitmen yang kukuh…manakala orang yang betul2 serius dengan kita,akan mendahulukan apa yang patut supaya hubungan tu maju ke depan…bukan setakat janji bibir…diorang tau apa yang perlu dilakukan n apa yang perlu dikorbankan untuk halalkan hubungan tu…bukan setakat berkepit 24 jam tapi tak ke mana,tapi berpisah sementara untuk percepatkan jalan untuk bersama…kat situ aku sangat2 tersilap mengenai dia..betapa aku sangat pentingkan diri sendiri…nasib baik dye bukan jenis melayan sentap aku...hahahahaha...bagi dye,selagi apa yang dye buat tu betul,dye buat je..dye takkan cerita walaupun aku merajuk meragam..p lantak la aku nak sentap pun...sebab penghujung ceritanya,aku akan sedar jugak walaupun dye tak cerita hal sebenar...

dan disebabkan kegigihan dye,hari ni kami bergelar suami isteri..Alhamdulillah....berakhir sudah perjalanan aku mencari jodoh yang tak berkesudahan dulu...hahahha...harap2nya inilah jodoh pertama dan terakhir,Insyaallah...


Kepada suamiku Mohd Hairul...terima kasih kerana menunaikan janji untuk menjadikan saya isteri syg yang sah...terima kasih kerana sudi menjaga saya,dan membuatkan mak abah saya lega kerana melepaskan saya pada orang yang betul...terima kasih kerana tak jemu bertarung dengan dugaan kita...terima kasih kerana masih ada dengan saya hari ni...terima kasih kerana sudi bawa saya ke dalam dunia syg...terima kasih kerana sudi masuk ke dalam dunia sy yang serba kekurangan...terima kasih atas lafaz sakinah 12 April 2014..dan terima kasih atas segalanya...semoga Allah membalas segalanya dengan berlipat ganda kebaikan dan kebahagiaan...

Dugaan bukanlah sesuatu yang boleh kita elakkan..bukan juga sesuatu yang patut kita rungutkan...semoga kita selalu bersyukur dengan tiap dugaan,dan dikurniakan seribu kesabaran untuk hadapi dengan tenang dan cekal...


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SYG...semoga kita selalu bahagia dan sentiasa bersama...sehingga ke syurga Illahi,Insyaallah...


 ~masa hari kejadian,macam sama ngam je dua orang ni...sekarang,sorang dah makin membulat,sorang dah makin melebar...alahaaaii...~





kepada semua sahabat,doakan rumahtangga kami berkekalan hingga ke syurga,mawaddah wa rahmah...Amin Ya Rabbal 'Alamin....


Memiliki insan yang kita sayangi adalah perasaan terindah..
Dimiliki oleh insan yang menyayangi kita adalah rahmah..
Mencintai dan dicintai orang yang sama adalah anugerah..
Menikahinya seumpama berada di Jannah...
Indahnya...bercinta selepas nikah...

Love,Amirah...
12 April 2016...


Wednesday, 29 April 2015

AKHIRNYA...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..masih bernafas lagi pagi ni...sejuk je rasa kat atas bukit Terentang ni...tambah sejuk sbb  aku duduk betul2 kat bawah aircond...-.-'

cuma tinggal sebulan je untuk aku hirup udara di SK Terentang..bukit bukau yang menghijau,cuaca pagi yang dilitupi kabus tebal,suasana riang murid-murid memulakan pembelajaran..cuma tinggal sebulan je untuk aku nikmati...errr...toleh bahagian kiri sikit,tersergam indah kawasan perkuburan Islam yang dah hampir 2 tahun setengah aku lalu lalang almost everyday..tu pun nak kena ingat tu...hehehehehehe..


tak lama lagi,aku akan mulakan hidup baru sebagai isteri sepenuh masa...maybe not a fulltime housewife,but still,i'm not a weekend wife anymore...aku nak resign dari jawatan "Isteri Separuh Masa" yang aku dah sandang lebih dari setahun ni...cukup-cukup la tu...


Alhamdulillah,setelah lebih setahun hati aku ragu2 untuk buat keputusan,sekarang hati aku lebih tenang bila aku dah nekad...it's such a difficult decision,but i believe it worth it..berkorban untuk rumahtangga yang dah lama aku abaikan,sepatutnya keputusan ni dah lama aku buat...

Image result for pengorbanan


aku tahu,kalau aku bersabar sikit lagi,mane tahu jawatan ni akan ditetapkan,dan aku boleh mohon pindah...rugi kalau aku berhenti sekarang...tapi sejauh mana pula umur aku untuk aku janjikan semua tu?macam mane kalau aku tak sempat untuk melalui semua tu?semua tu bermain di fikiran aku...ligat..padat mengisi ruang fikiran...ya..sementara suami aku masih mampu bersabar,semuanya takkan jadi masalah...dan Alhamdulillah,setakat ni tak pernah dia merungut dengan keadaan kami...tapi sampai bila aku perlu menyusahkan dia?aku yang memilih untuk bekerja di sini,tapi dia yang perlu berulang alik setiap minggu untuk berjumpa dengan isterinya...adil ke bagi dia?

Image result for pengorbanan


mak dan abah...tanggungawab mereka untuk jaga aku dah lama habis...tapi sampai ke hari ni,mak abah masih sudi menjaga aku,anaknya yang dah diserahkan kepada tangan seorang suami..malah sehingga saat aku ceritakan niat untuk berhenti kerja dan ikut suami balik ke pangkuannya,mak abah serta merta jadi sedih...aku tahu,walaupun hakikatnya aku sudah menjadi isteri orang,bagi mak abah aku masih lagi anak kecil yang manja  dan berat untuk dilepaskan pergi...


Alhamdulillah...keputusan dah diperhalusi dan dah pun dibuat...perjalanan untuk cari kerja pun semuanya dipermudahkan Allah.. Alhamdulillah,keputusan ni disokong oleh banyak pihak...dan yang paling penting, suami aku pasti gembira dengan keputusan ni...akhirnya kesabarannya berbalas...In Shaa Allah,dalam masa sebulan ni,andai diizinkan Allah,dan andai sampai umur aku,aku akan kembali pada suami aku...melalui suka duka rumahtangga bersama...kita bina semula rumahtangga kita yang sepatutnya mula terbina setahun yang lepas...

Image result for pengorbanan


sepanjang masa yang ada ni,aku nak manfaatkan sepenuhnya dengan insan2 yang bakal aku tinggalkan tak lama lagi...kawan-kawan,rakan sekerja...dan yang paling penting,mak dan abah...



kepada sahabat2 semua,tolong doakan kebahagiaan kami sekeluarga...doakan supaya keputusan yang aku ambil ni membawa seribu hikmah dan kebaikan kepada semua...doakan juga supaya aku mampu menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab dan lebih baik,dan dimurahkan rezeki untuk menjadi ibu yang baik...amiiinnnnn....


sebelum aku menamatkan entry ni,aku turut mendoakan supaya rakan-rakan yang turut menjadi isteri separuh masa,supaya diberikan jalan terbaik supaya dapat kembali ke pangkuan suami...mudah-mudahan jawatan ni segera diserap tetap dan kawan-kawan dapat segera memohon perpindahan...semoga kita semua dirahmati Allah,dimurahkan rezeki dan selalu istiqamah dalam kehidupan...

sekian..assalamualaikum...


Image result for pengorbanan

Thursday, 16 April 2015

Video:Anniversary Perkahwinan Pertama

Assalamualaikum semua...

waahhh..da lama rasanya tak menaip entry baru...takde kesempatan la..hehehe..

sejak akhir2 ni,banyak sangat perkara berlaku di sekeliling aku..yang positif,yang negatif,yang suam2 kuku semua ada...terasa mencabar btol kehidupan sejak akhir2 ni..tambah pulak sekarang dah bertambah tanggungjawab sebagai isteri...walaupun PJJ,tp kehidupan rumahtangga ni banyak juga mengubah jadual kehidupan aku...

dalam tak sedar,dah setahun rupanya usia perkahwinan aku..rasanya macam baru je lagi aku mendengar lafaz nikah dari sang suami...hehehehe...Alhamdulillah..Allah permudahkan semuanya...walau ada pahit manisnya,rumahtangga kami Alhamdulillah berjalan lancar,bahagia dan penuh kemanisan..harap2nya sampai bila2 macam ni...jgn sampai bak kata orang,manis di awalnye je...hehehehe..

sempena menyambut anniversary perkahwinan aku pada 2 April(12 Jamadilakhir) dan 12 April 2015 yang lepas,aku ada buat satu video,khas untuk mengimbau semula kenangan di hari penyatuan kami..khas untuk suami tersayang,Mohd Hairul Bin Tukiran,untuk abah dan jugak mak...bila dengar lagu ni,serta merta aku terbayang diorang...so i dedicate this song to them...






Tuesday, 7 October 2014

PJJ-ANTARA PILIHAN DAN KEWAJIPAN

Assalamualaikum..

SALAM AIDILADHA semua!!!!!!


dalam tak sedar,dah hampir 6 aku bergelar isteri...wonderful memories,wonderful experience...ALHAMDULILLAH..


aku sendiri tertanya-tanya bila agaknya aku dapat jalankan tanggungjawab isteri sepenuhnya...berulang alik setiap hujung minggu..maknanya seminggu sekali la aku dapat masakkan suami aku,basuhkan baju dye...masa amat terhad..belum puas tenung tenung renung renung,da kena balik...


ada saat aku terasa macam nak berhenti kerja je..dok ngan suami..tapi buat masa nie aku masih ada hutang-hutang yang aku perlu selesaikan sebelum aku ambil keputusan besar tu...bukan kerana aku pentingkan duit sampai tak boleh berhenti kerja,tapi aku tak sanggup nak bebankan suami aku dengan hutang yang aku buat sebelum kawin dengan dye..kalau boleh biar la settle semua tu baru la aku nak berhenti ke ape ke...


dan aku sebenarnya masih menunggu keputusan mengenai nasib jawatan aku untuk tahun depan..sama ada diserap tetap,sambung kontrak atau terminate terus...kalau diserap tetap,insyaallah aku mungkin  akan bertahan untuk kerja...sebab kemungkinan besar boleh mohon tukar ke muar...kalau sambung kontrak,mungkin aku terpaksa berundur...


ya...mungkin aku terpaksa dengar orang kiri kanan mengata aku bodoh sebab lepaskan kerja ni...sebelum ni pun aku da dengar orang cakap "bodoh kalau berhenti kerja sbb nak ikut suami..suami kau tu sayang kau entah berapa hari je...esok lusa kalau kena tinggal,dengan tak ada kerja,baru kau tau menyesal berhenti kerja...sekarang bukan senang nak cari kerja...tak ape kalau setakat pisah macam ni..ada orang tu lagi lama dok pisah...tak ada masalah pun..cuma kena banyak sabar.."


at some point memang aku setuju dengan pendapat makcik tu...


  • memang kena banyak sabar bila PJJ nie...
  • memang.kasih sayang sesama manusia nie memang tak kekal...sekelip mata boleh hilang...
  • sekarang memang susah nak cari kerja
  • ada orang dok pisah bertahun-tahun pun ok je


tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku macam diberi satu kesedaran dalam diri...mungkin bila aku tengok suami aku demam,lepas tu drive sorang2 balik muar...2 jam sebelum dye balik,aku da merembes menangis2...rasa tak sanggup nak lepaskan dye balik...Allah je tau macam mane aku rasa masa tu..bila aku dok sorang-sorang,aku fikir balik keadaan aku...


betul ke ini je pilihan yang aku ada?betul ke tindakan aku duduk berjauhan dengan suami semata-mata nak cari rezeki?suami aku betul-betul redha ke aku berjauhan dari dye?


masa raya haji aritu,aku ada dok borak dengan sepupu aku...ada kata-kata dye yang buat aku 'celik mata'....katanya,"buat pilihan yang baik..sebenarnya duduk dengan suami adalah pilihan terbaik...di samping tu,jangan berhenti cari rezeki..."



aku duduk balik,aku fikir....sekarang memang susah nak cari kerja,tapi aku terlupa,rezeki Allah kan ada kat mana-mana...kalau niat aku nak bantu suami,mesti Allah permudahkan...mesti Allah tunjukkan jalan untuk aku cari rezeki tanpa abaikan tanggungjawab aku...kalau tak dapat kerja makan gaji,mungkin boleh mulakan bisnes kecil-kecilan atau buat part time kat rumah...kerja kilang pun banyak..tapi kalau boleh aku taknak  kerja kilang sebab aku dah pernah rasa kerja kilang...tak sanggup woo...memang,sayang tinggalkan kerja nie dalam keadaan ekonomi yang tak stabil lagi ni...tapi sepatutnya ini bukan keutamaan aku lagi...kalau betul aku nak cari rezeki,cari dengan cara yang suami aku betul-betul redha...aku tau,sekarang pun suami aku redha dengan kerja yang aku buat,tapi tak mustahil pernah terdetik rasa kesal atau keluhan dalam hati dye bila aku tak ada...aku tak tau,mungkin ya dan mungkin tak...wallahu a'lam...



aku tau,tak semestinya aku ada 24 jam depan mata aku,suami aku boleh sayang aku sampai bila-bila..semua tu aku serahkan pada Allah S.W.T...kalau panjang jodoh aku dengan dye,panjanglah...kalau ditakdirkan jodoh kami tak panjang,mungkin ada yang lebih baik...tu semua perancangan Allah...ape yang perlu aku buat sebenarnya ialah laksanakan tanggungjawab aku...tu bukan pilihan,tu kewajipan...kalau aku terpaksa lepaskan kerja ni untuk bersama suami,aku cuma dapat berdoa supaya keputusan aku ni takkan memudaratkan siapa-siapa...bak kata sepupu aku,istikharah untuk ditetapkan hati untuk buat keputusan...insyaallah...


aku cuma berharap buat masa sekarang sampai tamat kontrak tahun nie,suami aku dapat bersabar...masih berbaki lagi 2 bulan lebih kurang...


aku kena atur plan B daripada sekarang...mula riki kerja sekitar kawasan Muar...so aku tak menganggur kalau berhenti kerja...aku kena terus kerja,sebab aku tetap kena bayar hutang-hutang aku,dan cari duit lebih sikit untuk hulur pada mak abah...aku pun dah kena mula fikir untuk masa depan..kalau Allah beri rezeki anak....aku kena ada persediaan dari segi kewangan jugak...


aku harap jawatan aku sekarang akan diserap kepada jawatan tetap...jadi aku tak perlu tinggalkan kerja nie dan jugak abaikan suami aku...kalau ditakdirkan aku perlu pilih salah satu,mudah-mudahan aku tak tersalah pilih..semoga Allah tunjukkan aku jalan yang terbaik...

wallahu a'lam...

Tuesday, 26 August 2014

MOMENT BY RYU (OST WINTER SONATA)

ASSALAMUALAIKUM..


siapa yang seangkatan dengan aku dulu mesti ingat lagi drama korea bertajuk WINTER SONATA...drama sedih yang memang buat aku dengan mak aku meleleh airmata...sobs..


setelah beberapa tahun berlalu,aku masih suka sesangat dengan drama ni...sebenarnya kebanyakan drama korea memang aku minat...sebab bagi aku drama korea tak sama dengan drama Melayu dan sinetron Indonesia yang jalan ceritanya lebih kurang sama je setiap kali..drama korea nie lain sikit..jalan cerita menarik,kalau lawak tu memang pecah perut,kalau sedih tu memang bertakung airmata jantan nok...haaa gitu..kahkahkah...pelakon diorang...hmmm...(terbayang Lee Min Ho, Kim Hyun Joong, Lee Dong Gun,Bae Yong Joon..*mata kelipkelip*)....

Kim Hyun Joong


Lee Min Ho

Lee Dong Gun


Bae Yong Jun


ok berbalik pada drama Winter Sonata ni...untuk kali keberapa aku tak ingat,aku da abis marathon drama ni...dan tiap kali,mesti aku tersentuh bila dengar lagu-lagu dalam drama ni...jalan cerita dan lagu tak lari jauh..memang sesuai dan mungkin memang lagu-lagu nie dicipta khas untuk drama ni...sedih dan menyentuh hati...

salah satunya,lagu Moment nyanyian Ryu...memang sentap habis la bila aku jumpe translation dye..




Moment By Ryu

Don't cry my love..
For we've got more time together
Let me hold you just a little longer
So I can remember..

I know what you mean even if you don't say a word
For we've been always like that
As much as I love you
If you could be happy,I'm willing to let you go..

Promise me you will come back to me someday
And that you'll be happy even without me
It hurts too much,any longer
To see you tormented by our love for so long

I am sorry
For being unable to protect you
For making you cry again
I have to leave everything behind
And let you leave me once again

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



eh..airmata nie kenapa..aku tak panggil pun nak keluar...g main jejauh..sobsss..

Friday, 22 August 2014

HARI PERKABUNGAN NEGARA

Jumaat, 22 Ogos 2014...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...


sepertimana semua rakyat Malaysia dikhabarkan,hari ini ialah Hari Perkabungan Negara sempena menyambut ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014...


pada hari bersejarah ini,semua rakya Malaysia tak mengira bangsa dan agama diseru untuk sama2 bertafakur untuk menghormati mangsa tragedi...rakyat diminta mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang dan mengenakan pakaian berwarna suram serta mengehadkan aktiviti keraian..


sama-sama menyahut seruan untuk menghormati mangsa tragedi MH17


tak terbayang bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa ketika menyambut ketibaan orang tersayang yang hanya pulang diusung di dalam keranda...walaupun aku tiada kaitan secara langsung dengan mana-mana mangsa tragedi,aku cukup terkesan dengan tragedi ni..bagaimana Allah mengambil semua nyawa yang dikehendakiNya dalam sekelip mata...Allah...hindarilah Sakaratul Mautku dalam keadaan yang menyayat hati...berilah aku peluang untuk pulang kepadaMu dalam keadaan Husnul Khatimah....amin..amin.. Ya Rabbal 'Alamin...


sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk insan-insan terpilih yang telah menjadi mangsa tragedi menyayat hati tersebut..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa terbabit...

Tuesday, 12 August 2014

DIA SUAMIKU..

ASSALAMUALAIKUM...


dalam tak sedar,syawal dah masuk pertengahan...blog pun dah lama aku tak bela...merajuk  dah efarogi aku  nie..kuih raya pun tak hulur2 katenye..makan sendiri la mira...


tahun nie raya banyak bezanya bagi aku..raya pertama di rumah mertua...beza..memang berbeza...walaupun agak kelam kabut pada awalnye,tp Alhamdulilah semuanya berjalan lancar....

Incik dan Puan Pink...


Alhamdulillah aku dapat suami yang memahami...malam raya aku dah melalak...puncanya aku call mak aku,tanye sape ironkan baju mak...biasanya memang  aku yang iron baju mak abah...mak aku kate,ko takde,baju tak payah iron pun takpe...otometik jiwa raga aku jadi tisu reput..masa aku cerita kat laki aku masa dalam kereta,aku terus hamburkan perasaan sayu aku,menangis teresak-esak...mengglabah laki aku..wakakaka....yela..tahun pertama kan..mesti la aku feeling terlebih...tapi laki aku pandai amik hati aku...dye bawak aku keluar jalan2 malam raya tu..beli baju,pusing2 bandar...walaupun masih sedih,tapi terubat serba sedikit la...


Puan Belalang Kunyit..

terus terang aku katakan,masa sebelum kawin dulu,aku ada jugak cuba meneliti sikap bakal suami aku...masa tu,aku tengok dye jenis macam susah nak bawak berbincang...tak suka jalan2...tak suka romantik2...aku nie pulak memang pemikir yang gile ekstrem..aku suka fikir benda negetif je..kahkahkahkah...aku awal2 dah fikir n redha kalau memang ini sikap dye walau selepas kawin..aku kena terima n jangan mengharapkan lebih...aku siap dah fikir,tak dapat la aku merasa airtangan suami memasak untuk aku sebab dye kate dye tak pandai masak...kahkahkah...


tapi bila dah kawin,aku tengok semuanya tak sama macam jangkaan aku...suami aku lebih terbuka untuk berbincang...lebih selesa berkongsi setiap barang yang aku ada..berbanding aku,sampai sekarang aku masih segan nak mintak dye duit atau belikan aku barang-barang keperluan aku...bila aku kat rumah mertua,bila dye tengok aku bosan je,dye ajak keluar jalan2....tak kira masa..kadang2 malam2 pun jadi ronda2 bandar muar...aku nie memang kaki merayap..pantang diajak memang laju je aku menempel...

tercabar rasa bila suami aku tau menganyam ketupat..cisss..


yang paling aku tak sangka,rupanya suami aku pandai memasak...n maybe lagi pandai daripada aku kot..kahkahkah..tengok dye cincang bawang pun aku da dok jauh-jauh...laju kot..aku pun tak pandai cincang macam tu..pernah sekali,aku tertidur kat ruang tamu lepas kemas rumah...aku tak perasan dye balik kerja...aku terbangun sbab aku terhidu bau roti bakar..aku celik mata,suami aku ada kat sebelah pegang pinggan berisi roti bakar...aku tanye untuk siapa roti bakar tu,dye kata makan jela...aku tanya bila dye balik sbb aku tak dengar bunyi lori..dye kate dah lama..dye tengok aku nyenyak tidur dan mak mentua aku bagitahu pada dye yang aku penat kemas rumah sampai tertidur...aku dah tak fikir ape,aku terus makan roti bakar yang suami aku buat..sedap...dye pandang je aku makan...dalam hati aku berbisik,sedap jugak suami aku masak...lepas2 tu memang dye selalu masakkan aku..kadang2 aku siap je mandi pagi,aku tengok suami aku tengah masak sarapan...aku cuma tolong sikit2 je...terharu jiwa raga aku...aku ingatkan aku takkan merasa pengalaman macam nie...terima kasih suami...


apa yang menyentuh jiwa aku ialah keprihatinan dye...FYI aku nie  ialah penghidap darah tinggi tahap rendah..cheh..hahaha..n aku da start makan ubat darah tinggi...masa mula2 kawin dulu aku selalu skip makan ubat..lagi2 kalau kat rumah mak  mentua aku...malas betul aku nak turun ke dapur amik air untuk makan ubat...hampir hari2 aku kena marah dengan suami aku...mane taknye..kalau nasib aku tak baik,akibat tak makan ubat,tekanan darah aku naik n kepala aku sakit sampai tak boleh bangun...bila dah dua tiga kali jadi macam tu,suami aku angkut 2 kotak air mineral dalam cawan ke dalam bilik...katenye,lepas nie dah tak ada sebab n alasan aku tak makan ubat..air dah dalam bilik...macam biasa,aku sengih jela bila dah kena marah..hahaha...kadang2,bila nak tidur,suami aku urut lengan aku sbb dye tau aku letih buat kerja rumah..rumah mak mentua aku besar jugak la..agak letih kalau nak mengemas...bila dye urut aku,aku pulak jadi sayu...dye tak merungut kerja pikul barang walau aku tau badan dye sakit2...tapi dye urut badan aku yang cuma letih mengemas rumah...memang selesa bila dye urut,mungkin darah tukang urut daripada mak dye mengalir dalam diri  dye..terima kasih suami...

saat lafaz sakinah...


Ya Allah...kekalkanlah suamiku dalam pelukanku...kekalkanlah suamiku dalam hidupku..kekalkanlah suamiku dalam rumahtanggaku...

Ya Allah...janganlah Kau bolak balikkan hatinye..sesungguhnya Engkaulah yang memengang hati manusia...jagakanlah hatinya supaya sentiasa mengingatiMu,dan setia denganku...

Ya Allah...peliharakanlah  kami daripada pandangan buruk masyarakat..daripada nista dunia..daripada godaan yang menggoncang iman..daripada hasutan syaitan yang bermacam bentuk....

Ya Allah...jika dugaanMu adalah tanda kasihMu,maka ujilah aku...tapi kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepadaku untuk menghadapi ujianMu..janganlah Kau uji aku dan rumahtanggaku dengan ujian yang tak tertanggung oleh kami....


Ya Allah....syukurku atas suami yang Kau hadiahkan kepadaku...semoga dialah sebaik-baik imam untukku...semoga dirinya tidak berubah hati..semoga dirinya sentiasa  menyayangiku...semoga semuanya kekal dan bertambah baik...jangan indahnya sementara...jangan panasnya tak lama...semoga sehingga akhir nyawa Ya Allah...amin..amin..Ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, 2 July 2014

ANAK,ADIK DAN ISTERI

ASSALAMUALAIKUM..


dah masuk bulan Ramadhan..alhamdulillah..

kali nie,aku menyambut bulan Ramadhan dengan situasi yang amat berbeza-sebagai seorang isteri...Alhamdulillah..syukur..


memang jauh bezanya..betapa hidup aku berubah,benar2 berubah..


paling terasa adalah keluarga aku sendiri..awal puasa tahun nie aku balik ke rumah mertua...perancangan awalnya aku kat rumah mak,tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat aku dan suami elakkan,kami balik ke rumah mertua..memang sedih...dan aku tau,tindakan kami membatalkan rancangan berbuka puasa kat rumah mak aritu membuatkan adik beradik aku terkilan n mungkin ada yang dah mula buat spekulasi n andaian....aku tak mampu elak..n aku terpaksa belajar untuk terima apa pun tanggapan orang..ada yang diorang takkan faham..


walaupun sebelum nie aku pernah merantau,berpuasa di tempat orang tanpa keluarga di sisi,tapi kali ni lain rasanya..nasib baik la air tangan mak mertua aku saling tak tumpah macam masakan mak aku sendiri..terubat sikit kerinduan berbuka di samping mak abah..Alhamdulillah..puasa tahun nie adik beradik aku semua balik menyambut bersama mak abah..sedih jugak bila mak bercerita,tak jadi buat tahlil keluarga sebab aku tak ada...aku faham perasaan mak...tapi ape mampu aku buat..aku sekarang bukan sekadar seorang anak dan adik..tapi aku sekarang seorang ISTERI...


kesian suami aku..cukup risau kalau aku dipulaukan adik beradik sebab tak join berbuka puasa kat rumah mak abah...sambil bawak kereta,suami termenung memikirkan kalau2 mak abah berkecil hati...mesti adik beradik aku ingat suami aku yang berkeras untuk membatalkan perancangan..hanya Allah yang tahu gelora jiwa aku masa tu..tersepit antara suami dan keluarga..nie baru bulan puasa..belum lagi menempuh raya..ALLAH....


aku baru menjengah alam perkahwinan...segalanya masih kelam kabut..aku cuma berharap orang sekeliling beri lebih ruang untuk aku dan suami membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain..segala apa keputusan yang kami buat,segalanya atas perbincangan,setelah kami teliti buruk baiknya...tak ada niat untuk menyakiti hati sape2..aku dan suami punya akal..punya hati perasaan..sepertimana kalian semua,kalau terpaksa menolak sesuatu keadaan,bermakna ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan tu..bukan disengajakan,tak begitu? 


stakat nie,Alhamdulillah aku dan suami masih boleh berbincang dengan baik tentang apa saja yang menghimpit rumahtangga kami...aku sentiasa berdoa agar keadaan ini berkekalan..yang cukup aku risaukan,ketenangan ni diganggu oleh kata2 dan hasutan orang luar..ya..pada mulanya mungkin boleh dipekakkan telinga...tapi lama2,tak mustahil boleh menjejaskan komunikasi..


mungkin aku masih mentah dan jahil untuk berbicara soal rumahtangga...aku tak salahkan mereka yang mengadili dan menghukum aku di belakang aku...tak semua orang boleh faham keadaan aku dan tak semua benda aku boleh kongsikan dengan semua orang..cuma aku berharap,bagi aku ruang untuk aku perbaiki keadaan...hari nie mungkin aku gagal untuk  memenuhi kehendak segelintir pihak..tapi aku akan cuba perbaiki supaya suatu hari nanti,andai situasi yang sama berulang,aku mampu menangani dengan lebih baik dan tak menyinggung sesiapa serta menepati kehendak setiap orang..insyaallah,andai Allah izinkan..


sekali lagi aku mohon maaf andai aku dan suami menyinggung sesiapa sepanjang kami hidup berdua...fahamilah,aku bukan Mira yang dulu...perubahan itu perlu,kerana aku sekarang seorang isteri..aku tak seperti orang lain,dapat menjaga makan minum suami aku sehari-harian..hanya hujung minggu aku dapat menjalankan tanggungjawab menjaga makan pakainya..mereka yang PJJ pasti faham keadaan aku..saat bersama suami sangat terhad...jadi aku cuma berharap,dalam waktu yang singkat tu,tak kira di mana kami berada,takkan ada apa2 yang menyebabkan kami bermasam muka..


Allah..kadang2 terasa berat dada bila dihimpit ujian walaupun sekecil ni..cukup tabah ke aku untuk hadapi ujian lebih besar?wallahualam..semoga Allah permudahkan..



yang benar,

anak,adik dan isteri..

Wednesday, 11 June 2014

PERUBAHAN..

Assalamualaikum....

rasanya nie entry kedua kot lepas aku kawin..agak kebizian sikit sejak akhir2 nie...nie ada masa sikit nie..cilok kejap...tralalalala............



sejak kawin nie banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakk sangat benda yang berubah..daripada segi fizikal badan (makin sihat sejahtera gamaknya), segi mental, aktiviti seharian dan mingguan, keutamaan, n macam2 lagi..


yang paling ketara bila hujung minggu la..slalunye hujung minggu aku,aku bangun lambat...wakakakaka...aku bangun dalam kol 8 gitu(the looser mira)....terus buat sarapan memandangkan mak aku pun memang da on radio perut dye time2 macam tu..pkai loudspeaker lg...pastu kemas rumah sikit,masak tengah hari daaaaannnn terus melabuhkan tirai tengah hari dengan aktiviti yang palingggggg best....TIDOOOO!!kalau ada hindustan best,aku bertahan la kejap tp biasanya tak sampai satu jam la..pastu lena diulit intan sampai la aku rasa bahang,baru aku bangun buat minum petang..makan lagi..see...skarang korang faham kan kenapa aku tokleh kurus???



bila dah kawin nie,hujung minggu aku memang la wajib di samping suami..tak kira la balik rumah mertua atau suami aku balik rumah mak aku...yang sohih,aku da tokleh bangun lambat..sobssss...kalau kat umah mentua,awal pagi aku da bangun seawal 5.30 pagi sebab nak basuh baju memandangkan kat sana penggunaan air agak terhad pada waktu siang...alang2 da bangun,terus mandi n solat subuh...kalau masa awal2 dulu,aku terus ke dapur kemas2..sekarang...hmmmm...kihkihkih...mak dah siap2 buat sarapan sebab nak pergi mengurut..aku cuma tolong2 sikit2...hehehehehehe...tokleh pakai punye menantu...


tapi aku antara menantu yang beruntung sbb mak mentua aku bukan jenis cerewet n high demand...stakat nie,alhamdulillah semuanya berjalan lancar n takde masalah...kalau aku terlambat turun dapur pun belum lagi mak main gendang2 periuk...harapnya sampai bila2 la...n aku harap perangai aku pun  senonoh sikit la bila da kawin nie..jgn membako darah orang,jgn menguji kesabaran orang..kalau orang tak marah,mesti orang tak buat kite rasa marah jugak kan...



bila tengok suami,kadang2 aku senyum sendiri..kadang2 dye tolong aku kat dapur,tolong kemas bilik,kemas rumah,basuh baju...bila petang aku merengek ajak jenjalan,dye wat muka bengang tp dye bawak jugak...lagi mujarab kalau aku guna alasan nak bawak anak sedara dye skali...terus suruh amik kunci kete..weeehahaha...tak sabar nak ada anak sendiri..mesti lagi senang pancing dye ajak jenjalan...kahkahkah...doa2kan la rezeki kami untuk menimang anak cepat...harap2 semuanya tak berubah..kalau berubah  pun biarlah ke arah yang lebi baik...jgn la ke arah yang tak baik...biarlah semuanya indah sampai bila2,walaupun akan ada dugaan..biarlah kami tempuhi sama2...



bila dah kawin nie,memang ketara sangat tak dapat berjimba dengan kawan2 macam dulu..bukan sebab suami tak bagi,tp masa memang takde...almaklum la..aku hidup pisah ngan suami..hujung minggu baru jumpa...susah nak korbankan masa tu untuk hal lain...pedulik la orang nak kata aku lebihkan suami...memang pun...suami aku...takkan nak lebihkan suami orang...kan...tanggungjawab aku untuk berada di sisi suami..orang lain yang mengata aku lebihkan laki aku tu,sok tengok bila dye kawin...ntah2 lagi teruk dari aku.. bluweeeekkkk...



kepada kawan2 yang belum kawin tu tp dah ada niat n dah ada calon tu,cepat2kan la...memang aku tak nafikan banyak dugaan pas kawin nie,tp lambat laun kena jugak hadapi kan..bukannya kalau kawin lambat dugaan tu tak kejar kau...yang penting niat tu baik nak dirikan masjid,nak hindari maksiat n merasai ketenangan...pe yang terjadi lepas kahwin,kita yang corakkan...kalau kite boleh kendalikan rumahtangga dengan tolak ansur n toleransi,insyaallah..aku tak berani cakap lebih,sbb aku pun masih mentah dalam rumahtangga...harap2 kami mampu harmonikan rumahtangga nie..n aku dah tanamkan dalam hati,ape pun terjadi selepas nie,aku kena redha..jgn sesekali salahkan takdir...kite tak pernah tersalah pilih teman hidup,cuma manusia yang berubah...masa kite memilih dia untuk jadi teman hidup,dia lah yang terbaik..tp kite kena selalu ingat,kite memilih seorang manusia,dan bukan malaikat..kena selalu ingat hal ini..n kite pun kena selalu perbaiki diri...jgn selalu salahkan orang atas ape pun yang berlaku...mungkin apa yang berlaku tu kerana kesalahan kita sendiri..kita sendiri pun manusia yang jahil..kena banyak muhasabah diri..


sekian..salam hari rabu...



oNg~oNg : yeaaaayyy...esok jumpa incik love....weeeeeeeeeeeeeee.........................

Thursday, 24 April 2014

MEMPERKENALKAN...PUAN SITI AMIRAH...(^_^) v

ASSALAMUALAIKUM....


rasa dah lama tak update blog nie...tak nyempat plak..keje banyak..ditambah pulak bulan 4 nie tuan rumah sebok sikit..hehehehehehe....


Alhamdulillah...dengan segala rahmat dan kasih sayangNya,aku telah pun bergelar isteri kepada Mohd Hairul Bin Tukiran dengan skali lafaz...syukur tak terhingga aku panjatkan kepada Illahi kerana mempermudahkan dan melancarkan perjalanan majlis pernikahan dan persandingan kami pada 12 April 2014...


hanya Allah yang tahu ape perasaannye bila dapat bersama dengan orang yang kita sayang...


dulu mak pernah berpesan pada aku..


"cari pasangan yang sayang pada kita...sebab kalau dye sayang pada kita,insyaallah dye akan jaga kita dengan baik..perasaan sayang kita pada dye boleh dipupuk..yang penting dye sayang kita.."


dan Alhamdulillah..aku dapat secara bonus kerana suamiku adalah orang yang sayangkan aku dan orang yang aku memang sayang...Allah Maha Besar,Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...




setelah hampir 2 minggu aku bergelar isteri,banyak perubahan yang aku mula rasa...bagaimana penerimaan orang sekeliling dengan status aku sekarang, bagaimana rasanya menjaga diri daripada sebagai seorang isteri...tapi aku cuma terkilan sikit sebab aku masih tak dapat menjalankan tanggungjawab penuh pada suami aku..dia di Muar,aku di Melaka...kesian encik suami..sepatutnya bila aku dah ada,makan pakainya aku yang jaga..celik matanya di sisi aku...balik kerja aku yang sambut..tapi buat masa sekarang nie,aku tak dapat lakukan semua tu..aku bersyukur kerana setakat nie,dye belum pernah merungut...aku harap dye ikhlas n sabar...maafkan aku wahai suami..


indah perasaan bila dah halal untuk sang suami...bukanlah maksud aku hanya berkisar di biik tidur..tapi indahnya bila solat diimamkan, bila si suami kejut untuk bangun subuh,bermaafan sebelum tidur,tolong kemas bilik,ada tempat untuk mengadu susah senang...harap segalanya berkekalan sampai ke hujung nyawa,bukan sekadar di awal perkahwinan je..aku nak melalui hari tua bersama si dia,suamiku dunia akhirat insyaallah..


ntah esok lusa,akan datang dugaan demi dugaan untuk menguji rumahtangga kami...aku tak tau sama ada aku dah bersedia atau belum..cuma aku berharap Allah kurniakan aku ketabahan untuk menghadapi segalanya bersamanya...


doakan aku dan suami cekal menghadapi badai rumahtangga...semoga rumahtangga kami diberkati Allah dunia akhirat..semoga imamku itu mampu membawaku ke syurga..dan semoga aku mampu menjadi makmum yang setia dan taat...amin...amin..Ya Rabbal 'Alamin....






Monday, 31 March 2014

DEDICATED TO ALL OF YOU..SARANGHAEYO..

ASSALAMUALAIKUM..

aku mengaku..ni la entry pertama aku dalam tahun 2014 nie..sobss..sobss..bersawang2 dah blog ni..tak terurus..pe boleh wat..tahun yang penuh pancaroba *ayatpoyo*..


hmm..hari nie,31.03.2014...dalam masa 12 hari je lagi aku akan dipuankan,insyaAllah...terasa eksaited + penat - happy + berdebar -sayu....tak lama lagi semuanya akan berubah...


ape yang aku nak nukilkan*cheh* dalam entry aku kali nie, hanyalah ucapan terima kasih aku kepada mereka2 terutama sekali mak abah yang bertungkus lumus untuk anak montel mereka nie..tak lama lagi ringan beban mak abah nak kasi si montel nie makan..hahahaha...aku tau,dalam hati mak abah berat untuk lepaskan aku untuk dijaga orang lain...aku tengok masa majlis penyerahan wali kepada imam kampung aku dulu time akk aku kawin,abah menangis..luruh hati beliau waktu tu...mak..walaupun aku dah tak ingat apa reaksi mak waktu tu,tapi aku tau,mak lebih sedih...sekarang aku cuma nak tengok mak abah senyum je..dan aku nak mak abah tau aku sentiasa gembira kalau diorang restu dengan apa yang aku buat..bila aku tengok mak abah aku bersusah payah untuk majlis nie,hiba pulak rasa hati..semoga Allah balas segala jasa mak abah,dunia dan akhirat...


tak dilupa *cheh lagi*,kepada adi beradik aku yang sangat fleksible dan memahami..walaupun duduk jauh n jarang balik,tapi sekali balik macam2 diorang buat untuk persediaan majlis aku..kesian aku tengok...nasib baik kawin sekali je n aku adik bongsu..bertabahlah wahai abang2 n kakakku...semoga Allah merahmati kalian..


next..kepada sahabat2 yang banyak membantu...aku tak tau nak cakap macam mane..tapi saat aku bergelut dengan macam2 konflik menjelang majlis aku nie,aku terasa bersyukur sebab aku ada ramai kawan yang boleh menenangkan aku,tolong aku untuk ringankan beban aku..tak kira la dari apa sudut pun..dari sepedas-pedas sindiran sampai la ke setenang-tenang nasihat...they don't even know how much it meant to me..terasa kasih sayang diorang meresap jauh dalam hati aku..setiap kata yang diorang nasihat,setiap apa yang diorang sumbangkan,setiap masa yang diorang luangkan,semoga Allah nilai n beri ganjaran setimpal..semoga diorang berbahagia selalu..Ya Allah...janganlah Kau jauhkan diriku daripada mereka dan ingatan mereka..sesungguhnya akulah hambaMu yang paling beruntung kerana telah Kau pilih untuk berada di sekeliling mereka..andai satu saat nanti kami terpaksa berpisah,pisahkanlah kami dari zahirnya namun janganlah kau pisahkan hati2 kami.....


Ya Allah..
Sahabatku ini,temanku..
Mesra kami menambah cinta..
Rajuk kami membuah ceria..
Gurau kami mengerat saudara..

Ya Allah..
Silaturrahim kami Ukhwah Fillah..
Bertengkar kami Nauzubillah..
Berpisah mati InshaAllah..

Ya Allah...
Rahmati kami meniti usia..
Berpisah mati di alam nyata..
Temukan kami di taman syurga..
Aamin...




seterusnya kepada tunang aku yang sentiasa melayan kerenah aku..walau banyak perancangan yang terpaksa ditukar di saat akhir,tapi dye redha je..aku serba salah bila mengenangkan aku banyak menyusahkan dye..tapi apa yang berlaku bukan aku pinta..aku harap dye tabah menerima aku sebagai isteri..


dan yang paling utama,kepada Allah SWT yang mengurniakan aku dengan mereka semua..terasa kerdil diri nie bila diberi sebegitu banyak nikmat dan kurniaan sedangkan diri nie banyak dosa...tiada kata yang mampu aku ucap,hanya Syukur aku panjatkan...


hanya tuhan yang tahu ape aku rasa saat nie..dalam meniti hari menuju hari bahagia aku,aku cuma berharap doa restu kalian...



ok lah..jam dah hampir pukul 2...nak berjuang semula menghadapi hujung bulan yang penuh dengan dateline data...kalau sempat lain kali aku post lagi..



ASSALAMUALAIKUM...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...