Pages

Followers

Friday 22 August 2014

HARI PERKABUNGAN NEGARA

Jumaat, 22 Ogos 2014...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...


sepertimana semua rakyat Malaysia dikhabarkan,hari ini ialah Hari Perkabungan Negara sempena menyambut ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014...


pada hari bersejarah ini,semua rakya Malaysia tak mengira bangsa dan agama diseru untuk sama2 bertafakur untuk menghormati mangsa tragedi...rakyat diminta mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang dan mengenakan pakaian berwarna suram serta mengehadkan aktiviti keraian..


sama-sama menyahut seruan untuk menghormati mangsa tragedi MH17


tak terbayang bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa ketika menyambut ketibaan orang tersayang yang hanya pulang diusung di dalam keranda...walaupun aku tiada kaitan secara langsung dengan mana-mana mangsa tragedi,aku cukup terkesan dengan tragedi ni..bagaimana Allah mengambil semua nyawa yang dikehendakiNya dalam sekelip mata...Allah...hindarilah Sakaratul Mautku dalam keadaan yang menyayat hati...berilah aku peluang untuk pulang kepadaMu dalam keadaan Husnul Khatimah....amin..amin.. Ya Rabbal 'Alamin...


sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk insan-insan terpilih yang telah menjadi mangsa tragedi menyayat hati tersebut..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa terbabit...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...