Assalamualaikum..
Hmmm..rasa macam dah
lame tak buat entry..bizi sangat2 kat sekolah..tak sempat nak jenguk blog..tak
terbela blog aku..waaaaarrgghhh..
Aku sebenarnya
berkobar-kobar nak buat entry kali nie..oleh kerana kat rumah takde line
tenet,aku taip dulu kat word....aku takut apa yang aku nak ceritakan nie,aku
terlupa esok..hahaha..n entry nie dikarang pada pukul 8.17 malam hari Khamis 31
Oktober 2013...
Tau tak kenapa aku
berkobar2 sampai tak boleh tunggu hari esok untuk karang entry nie?sebab perasaan
tak puas hati aku menebal..tentang ape?meh sini aku cerita..
Petang tadi,berlangsung
majlis Dialog Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di Seri Negeri
Ayer Keroh Melaka..hampir 2000 orang dijemput untuk menghadiri sesi dialog tu..
Bagi kami warga
Pembantu Tadbir Rintis Negeri Melaka,kami amat2 la menunggu saat nie untuk
meluahkan isi hati dan bertanyakan nasib kami untuk tahun depan...sebab
tajuknye pun Majlis Dialog KPPA Dengan Pegawai-Pegawai Dalam Program Pemantapan
Profession Perguruan Di Melaka..jadi kami jangkakan subjek utama yang akan
diketengahkan ialah tentang nasib Pegawai Rintis..besar harapan kami datang ke
sana..berdebar-debar jantung aku dengan kawan-kawan..masing-masing berharap
akan dapat mendengar berita baik yang akan melegakan hati..
Tapi lain pulak yang
jadi..dah la majlis ucapan mengambil masa yang sangat lama..majlis tu aku rasa
tak sesuai dipanggil majlis dialog,tapi patut digelar majlis ucapan..nak sebut
nama sorang demi sorang individu terhormat yang hadir,makan masa hampir 3
minit..grrrr...
Dan yang paling aku
rasa sakit hati,rupanya ada segelintir guru yang aku boleh katakan sebagai
mementingkan diri sendiri..nie antara ‘luahan rasa’ mantan GPM yang buat aku
rasa macam nak balik time tu jugak..
·
KEMBALIKAN HAK KAMI SEBAGAI GURU PERPUSTAKAAN
DAN MEDIA – hello..kau tau tak,ayat kau sangat selfish dan sangat tak
matang..hak apa yang kau sembang nie?kenapa,selama nie kau jadi GPM,kau diberi
hak keistimewaan yang lain daripada guru biasa ke?dapat elaun lebih ke?gaji
lebih ke?dan kehadiran kitorang nie membuatkan ‘HAK’ korang tu ditarik balik?macam tu?setahu aku,yang
kurang ada la..WAKTU MENGAJAR..kalau lebih pun,lebih kerja..dan dengan
kehadiran kitorang nie,jadual waktu mengajar korang dah full macam guru
lain..sepatutnya korang happy sebab korang dapat buat kerja yang SEPATUTNYA
seorang guru buat..korang datang sekolah atas tiket seorang GURU,yang
sepatutnya MENGAJAR..dan kami datang untuk bantu korang buat lebihan kerja yang
tak sepatutnya korang tanggung..jadi apa isunya?dan tadi guru tu ada cakap,dye
sebagai GPM ada tanggungjawab mengajar pelajar especially pengawas perpustakaan
cara komunikasi blablablablabla...bagi aku,kalau kau tak jadi GPM pun,memang
tugas kau sebagai guru untuk didik diorang tentang tu semua..atau sebenarnya
kau dah selesa mengajar 8 waktu?tepuk dada,Tanya iman...dan walaupun jawatan
GPM diapungkan,tapi gaji korang tak diapungkan kan?tak berkurang kan walaupun
kami ada?apa salahnya berkongsi rezeki..kami pun sama-sama cari rezeki..kalau
gaji kitorang dibayar dengan hasil pemotongan gaji atau elaun korang sebagai
GPM,rasanya kami pun tak sanggup nak terima kerja nie..
·
TOLONG HANTAR PT YANG BERPENGALAMAN DAN
TERLATIH,BUKAN PT YANG FRESH LEPASAN SPM – kau dengar sini..kau faham tak ape
maksud PENGALAMAN yang kau sebut tu?kalau kami yang takde pengalaman nie tak
diberi peluang untuk timba pengalaman,mane nak datang pengalaman tu?kau nak
yang pro je..kasi senang keje kau tak payah turunkan ilmu dan terus lepas
tangan..sedangkan kau dulu pun pernah jadi beginner jugak..tolong la jadi
matang sikit..ayat jangan macam budak-budak..kalau dulu kau tak dilatih,kau pun
takkan ada di kedudukan kau sekarang..untuk pengetahuan korang,walaupun jawatan kitorang nie taraf SPM,tapi tak semua antara kami nie lulusan SPM je..ramai je yang pemegang diploma dan ijazah..tapi kami tak la bernasib baik macam korang,habis belajar terus bekerja...kami cuma nak merebut peluang yang diditawarkan kepada kami walaupun tawaran tu jauh menyimpang dari lulusan kami..hari nie korang cuba sabotaj kami dengan alasan PENGALAMAN nie...ingat,satu hari nanti anak-anak korang pun akan rasa apa yang kitorang rasa..peluang kerja masa depan lagi sempit...apa salahnya bagi ruang untuk golongan macam kami nie menimba pengalaman...
·
LUASKAN SKOP KERJA PT RINTIS UNTUK LEBIH BANYAK
LAGI KERJA DATA LAIN YANG DILAKUKAN OLEH GURU – nie pun satu hal..ko ingat
mentang-mentang kitorang nie pt data,semua keje data nak sumbat kat
kitorang?baca garis panduan la bro..kami nie bukan PT DATA sahaja...kami jugak
PT untuk PSS...70% kerja kami sepatutnya pada PSS,bukan pada data..tapi oleh
kerana kerja data dah terlampau banyak,kitorang terpaksa anak tirikan PSS..tu
pun ada jugak rupanya insan macam kau yang rasa kitorang nie tak banyak cukup
banyak kerja kan..bertimbang rasa la sikit..kami nie manusia jugak,sama macam
kau..kami pun ada keluarga,sama macam kau..kami pun ada yang dah merasa bangun
pukul 3 pagi untuk buat data,sama macam
kau..Cuma bezanya nasib korang terbela,kesusahan korang dipandang..tak macam
kami yang masih dalam percubaan...semuanya kami iyakan,semata-mata untuk menjamin nasib kitorang di masa depan..
Banyak lagi sebenarnya yang aku
nak luahkan..rasa sedih dengan segelintir guru yang negative dengan kehadiran
kitorang..memang,aku akui ada di kalangan kami yang buat hal,tapi bukan
semua..manusia..kami bukan malaikat..kami pun ada cacat cela..
Kesian betul nasib kawan-kawan
aku yang dapat guru yang negative dengan program Rintis nie..salah kami ke
jawatan nie wujud?bagi aku dan kawan-kawan yang beruntung dapat sekolah yang
menerima kehadiran kami dengan hati terbuka,Alhamdulillah..banyak ilmu yang
kami dapat,apa lagi sokongan dan doa supaya kami dikekalkan di
sekolah..membandingkan keadaan aku dengan keadaan segelintir kawan-kawan aku
yang tak bernasib baik,aku rasa bersyukur sangat..
Dan yang paling aku sedih
tadi,sesi dialog berakhir tanpa sorang pun wakil PT Rintis dapat
bersuara..dengan masa yang terhad,wakil PT Rintis terpaksa duduk semula kerana
waktu untuk bertanya soalan dah tamat..tak ada ke mana-mana pegawai di
mana-mana peringkat yang sensitive dengan kehadiran PT Rintis?tak ada siapa
yang kisah ke untuk dengar luahan hati kami?sekurang-kurangnya,carilah sorang
wakil daripada setiap golongan untuk bersuara...tadi,bagi aku,lebih kepada luahan hati guru-guru..ada
yang mengajukan soalan yang boleh aku sifatkan sebagai rubbish dan
mengarut..hal dalaman dibawa ke platform yang tak sepatutnya..soalan yang dah
dijawab ditanya lagi..semua tu membuang masa..apa-apa pun,aku bangga dengan
abang Fairuz yang berusaha untuk bangun menjadi wakil PT Rintis bagi pihak
kami..mungkin tak ada rezeki kita untuk bersuara..dan dalam kalangan 2000 orang
yang ada dalam dewan tu,komuniti kita lah yang paling bawah..bak kata orang
,melukut di tepi gantang..ada tak menambah,tak ada tak mengurang..
Dan aku jugak ada
terasa,kehadiran PT Rintis dalam majlis tu
tadi tanpa sedar ibarat menjadi bahan ejekan sesetengah guru..ada aku
dengar suara-suara halus di belakang aku..
”tambahkan je kerja pada pt rintis nie..biar diorang rasa pulak..”
Kenapa ada guru yang ibarat berdendam dengan PT Rintis
nie?ape salah kami pada korang?kami ke yang tarik balik jawatan tu daripada
korang?kami ke yang lambakkan kerja-kerja tu pada korang?korang tau tak,masa
mula-mula kitorang ditaklimatkan yang kitorang akan datang ke sekolah untuk
membantu meringakan beban guru,kami rasa bersyukur sangat..terasa mulia apa
yang bakal kitorang buat..mane tak nye..membantu meringankan beban..tak sangka
pulak rupanya kehadiran kitorang jadi beban pada korang..yelah..ada yang datang
tu memang zero dalam ilmu computer,tapi tiba-tiba nak buat data..tapi,niat kami
datang nak membantu..mungkin pada awalnya terpaksa menyusahkan korang,tapi
sementara je..bila kami dah terlatih,insyaallah kami takkan susahkan orang
lain..dan untuk peringatan korang yang mungkin dah lupa,kehadiran kami nie pun
atas rungutan korang yang mengadu terbeban dengan tugas selain tugas
hakiki..sesungguhnya manusia nie memang takkan pernah bersyukur..
Kepada guru-guru yang menyokong kami,syukran kami
ucapkan..andai kami diizinkan Allah
untuk terus membantu kalian,insyaallah kami akan cuba sebaik mungkin..tapi
andai rezeki kami di sini terhenti
sehingga hujung tahun nie,semoga kalian sukses dalam melakukan kerja-kerja
kalian semula..sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk masa depan
masing-masing..kepada guru yang terganggu dengan kehadiran kami,ribuan maaf
kami harapkan..tak terniat untuk kami menganggu tugas kalian,tapi ini semua
amanah yang terpaksa kami jalankan..
YANG BAIK DATANG DARIPADA ALLAH..YANG BURUK,KAMI AKUI,DATANG
DARIPADA KAMI..wallahualam..
oNg~oNg : hak?lu pk la sendiri..
23 comments:
kenapa awak tidak menyuarakan pendapat-pendapat yang di atas semalam? mungkin dapat membantu.
aku jugak salah sowg dri ppppm...huhuhu terasa seday bila jwtn yg d sandang kini di pandang sinis...segelintir guru...dulu bila x ada d mintak2..bila dah diawujudkan d pandANG sinis..what your PROBLEM!!!
bukan tak nak suarakan..tapi kekangan masa...sedangkan wakil yang dilantik oleh pt rintis pun terpaksa duduk semula sebab katenye masa untuk bertanya soalan dah tamat..abg fairuz wakil kami..dan apa yang kami nak suarakan tu,diwakilkan pada beliau...
salam...sy bw sini...jom2 join segmen salam kenal di blog sy jommss....
http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/segmen-salam-perkenalan.html
Tahniah yang dapat sambung bagi PT rintis utk 2014... harap bersabar kepada yang tidak disambung kontrak... harapan dihambur semuanya sudah berterabur...apakah???
Kesanggupan meninggalkan kerja selama 8 tahun..demi membantu KERAJAAN akhirnya.... menerima nasib yg terumbang ambing....aku berterima kasih kepada isteri aku yang selama ini membantu aku menyara kehidupan kami sekeluarga dan sekarang hidup kami sudah terbayang kesempitannya...
DAHULU...PT RINTIS
SEKARANG PT YANG meRINTIH...
Saya PPM..PT rintis skolah sy hnya duduk dpn komputer..xbntu lgsung guru PSS proses buku..siap leh edit2 gmbr selfie..cuti ikut suka hatinya..pndai bodek pentadbir..
terima kasih atas feedback daripada ppm berkenaan pt rintis di sekolahnye..sy hanya boleh katakan,tu hanya sebahagian je..yang lain bersungguh buat kerja..walaupun kadang2 ada tercilok buka fb,g kuar makan...lumrah la,manusia biasa..ada je ppm yang tak membantu pun guru pra atau guru PK...tp tak semestinya kami akan kata PPM tu tak bagus..sy kesal pt rintis sekolah anda bersikap macam tu...kerana manusia macam tu la,reputasi keseluruhan pt rintis dipandang buruk..tp percayalah,tak semua pt rintis macam tu..kami bersungguh2 nak mmbantu n mencari rezeki,macam kalian juga..
kepada encik rahmat mat karim...kalau encik daripada batch pertama pt rintis yang sempat menghadiri taklimat awal,pasti encik faham yang JAWATAN INI TIDAK DIJANJIKAN UNTUK DISERAP..dan encik tidak dipaksa untuk memilih jawatan ini..disambung kontrak atau tak,semuanya bergantung kepada prestasi dan rekemen pentadbir...bukan pihak kementerian atau jabatan yang memilih secara membuta tuli..tanyakan pada diri sendiri,adakah kegagalan disambung kontrak disebabkan boikot dari pentadbir atau kita yang gagal melaksanakan kerja dengan baik...sekian..maaf andai terkasar bahasa.
Boleh tahu tak tugas PT rintis yg sbnrnya..kami guru2 di sekolah tidak dimaklumkan tugas pt rintis secara keseluruhannya..
untuk makluman,maklumat mengenai PT Rintis boleh didapati di dalam Garis Panduan NBOS terbaru..boleh download daripada portal PPD atau JPN Melaka..segala maklumat mengenai skop tugas rintis dan guru terlibat ada di dalam garis panduan tersebut..untuk maklumat lebih lanjut,boleh berhubung dengan pentadbir sekolah...
khall ashraff senrose : cikgu2 nie macam2 perangai...ramai je cikgu yang sokong tp ramai jugak yang pentingkan diri..mentang2 diorang da lepas,da dapat kedudukan selesa..kite yang keje kontrak nie kalau boleh nak dihencap2 je..bila kena wat keje,merungut kata tak sempat..tp bila dapat pembantu,dah la tak bersyukur,nak sabotaj lagi..
khall ashraff senrose : cikgu2 nie macam2 perangai...ramai je cikgu yang sokong tp ramai jugak yang pentingkan diri..mentang2 diorang da lepas,da dapat kedudukan selesa..kite yang keje kontrak nie kalau boleh nak dihencap2 je..bila kena wat keje,merungut kata tak sempat..tp bila dapat pembantu,dah la tak bersyukur,nak sabotaj lagi..
Salam. Awak ni mesti PT rintis yg 1st batch kan.. sy salute dgn semangat awk. Tapi masalahnya, pengalaman kami bersama PT rintis sgt teruk. 1st mmg betul pada awalnya terlalu bngk kerja2 data awk kena buat. Dan itulah sebabnya 1st PT kami jd x sggup nak kerja. Dia terpaksa anktirikan PSS. akhirnya dia giveup. Tapi mmg dia bgs sgt2.. selepas sesi soal selidik, kami kebnyakan guru yg terlibat dlm soal selidik tu mohon supaya PT Rintis yg 1st batch ni dpt di kurgkan skop kerja dan lbh bertumpu pada pss. kemudian hadirlah pt rintis yg betul2 jaga data beserta dgn FT yg bertggjwb utk jg hal2 berkaitan ICT. PT data tu mmg terbaik mmbantu guru2.. tp PT rintis PSS kami ibarat zero kemahiran komputer.. mcm2 bnda suruh buat tapi x boleh buat walaupun diajar berkali2.. cikgu pss sprti yg awk katakan telah diserapkan ke arus perdana. Masa mengajar dah mcm biasa. So mcm mana cikgu nak sentiasa ajar PT yg mcm tu? skrg skolah sy tiada PT di PSS krn dikatakan stress bekerja di PSS. akhirnya mantan GPM dan jk kerja asal juga yg terpaksa jg PSS.. kalau dpt PT mcm awak ni, kami akan sgt2 bersyukur~
encik/puan g0m0k9enDek..
kemampuan setiap orang menerima ilmu tak sama..memang saya akui,ada yang memerlukan masa yang lama untuk menerima ilmu...dan sepanjang proses tu,memang akan banyak menyusahkan orang...malah ada antara pt rintis yang sudah berumur,sebelum ini hanya menjadi suri rumah dan tidak pernah menyentuh komputer..ada kalanya lebih sukar mengajar mereka kerana mereka agak sensitif..tapi berkat kesabaran guru2 di sekolah mereka,mereka sekarang sudah mampu berdikari dan melakukan kerja seperti pt rintis lain...
saya memahami apa yang puan/encik katakan...memang akan rasa terbeban apabila pembantu yang diharapkan tak dapat membantu..berilah peluang untuk beliau menimba ilmu dan bersabarlah walau mengambil masa yang lama..
cuba bayangkan,di sekolah saya juga terdapat guru yang sudah bertahun-tahun berkhidmat di sekolah..saya jangkakan mereka sudah mahir sekurang2nya asas komputer..tapi sehingga hari ini,masih ada yang bertanyakan kepada saya bagaimana cara mencetak borang dari excel..
saya sangat berterima kasih kepada anda kerana daripada komen anda,saya dapat merasakan anda menyokong kehadiran kami,cuma kecewa dengan prestasi salah seorang pt rintis tersebut..syukran.
apa2 pun sy sokong dgn komen khallashraff tu, ada baca sblum niy, apa yg dia ckp mmg bnar belaka, cara pmikiran mengikut logic akal, tp dah di dlete plak, mgkin utk menjaga nama dan sekolahnya kot..
seronok baca comment2 kt atas..
sy 1st batch pt rintis..lapor diri nov 2012 dulu..Alhamdulillah sgt seronok dgn kerja sekarang..sblm ni jadi guru prasekolah swasta selama 5 tahun..memg penat..kadang stress jgk..biasa la bkerja dgn kanak2, nk berdepan dgn parents lagi..huhu..tp keje pt rintis ni best sgt..kte buat keje kita je..(tgok skop tugas dlm garis panduan NBOS)sy pulak memg bekas pengawas pss mase skolah dulu..so dah ada pengalaman sikit2..bab2 komputer ni xla pandai sangat, tp kalau ada ckgu2 mtk tlong, InsyaAllah boleh je..Cara kerja saya mudah je..JANGAN TANGGUH KERJA..tu je..InsyaAllah xkan ada masalah kalau kita pandai bagi masa..sy memang sepenuh masa duduk di library..kerja data pn sy buat di library..melainkan kerani cuti baru sy turun offce..guru besar dan ckgu2 lain semua bagi support..bertambah seronok nk bekerja..
tapi yg xseronoknyer, jawatan ni xtentu arah perginyer kn..
tiap2 tahun nk kene tunggu surat perlantikan baru, dan tiap2 tahun jgk la xbergaji 3 bulan...
huhu..sesak nafas jadinyer..
harap2 ada pengakhirannya..andai diserap Alhamdulillah..andai tidak, berikan kami ruang untuk bernafas...
salam..mcm mna ye nk mohon kje mcm awk ni. sy teringin kje nie sbb sy bidang it.
adush.. ini pun xfaham ke?
salam.. maaf nak tnya skit sy yusma dari pt17 nbos yg kedah setakat ni sy dah kerja dalam 6 bulan secara sambilan harian ikut kontrak 3 bulan sekali.. puan pun sama mcm kami juga tak..? secara kontrak sambilan harian atau bulanan..? terima kasih.
Post a Comment