Pages

Followers

Monday 5 August 2013

JODOH KETENTUAN ALLAH

mendengarkan keluhan seorang sahabat mengenai kisah percintaannye,tiba2 aku teringat kisah aku sendiri..


memang perit kalau kite berpaut pada dahan yang rapuh..




sama ada dahan tu cukup kuat untuk menarik kita ke tepi,ataupun akhirnya dahan tu patah,kite dibawa arus dan terpaksa cari dahan lain untuk berpaut...berada dalam situasi nie memang menyakitkan..



kenangan 4 tahun bercinta dengan si dia memang cukup perit untuk aku lepaskan..orang yang cukup penyabar,tak pernah garang dengan aku,sentiasa menyokong aku dalam segala tindakan aku..ada ketika aku terbayang macam mane kehidupan andainya dia yang ditakdirkan untuk menjaga aku..pasti aku akan bahagia..


tapi ketentuan Allah siapa yang tau..selepas 4 tahun berkenalan,masih takde tanda2 dye akan meneruskan perhubungan kami dengan langkah seterusnya..jangan kata merisik atau bertunang,datang berjumpa mak abah pun dye tak mahu..katenye belum bersedia,belum cukup duit,belum masanya..untuk seketika waktu,aku terpaksa menelan semua alasan yang dia beri..kerana apa?kerana sayang..aku bagi dia masa secukupnya..mungkin juga aku tiada pilihan lain...bagi aku dia yang terbaik..


sampai satu tahap,aku terasa letih..dia pun makin sibuk menguruskan kehidupannya..tapi pesannya pada aku,dia masih setia..cuma perlukan masa untuk bersedia..dia minta aku bersabar..


aku mungkin mampu menunggu..tapi bukan orang tua aku...menerima cadangan makcik aku,mak abah cadangkan aku berkenalan dengan lelaki pilihan makcik aku..berasal dari keluarga yang baik dan juga sahabat lama mak abah..


semasa aku utarakan niat mak abah pada si dia,aku macam kena panah petir dengan kata2 dia..katenye,cuba la berkenalan,mana tau boleh ngam..pilihan orang tua nie kadang2 lebih tepat...aku terdiam..tak sangka begitu jawapannya..ntah apa di dalam fikirannya masa tu..mungkin bagi dia aku sekadar menguji...tiada langsung riak bimbang pada nada suaranya...tenang..sangat tenang....




beberapa hari selepas tu,lelaki pilihan orang tua aku hantar SMS untuk berkenalan..selepas menjalani sesi 'kaunseling' dengan pakcik stor tempat kerja aku,aku mula berkenalan dengan lelaki tu..


kenapa aku dikaunseling?sebab sebelum tu,aku teragak2 untuk menerima keadaan yang aku bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga...tapi aku berjumpa dengan pakcik stor tu yang sememangnya mempunyai pengalaman berkahwin dengan pilihan keluarga..banyak nasihat yang diberikan,dan aku terbuka hati untuk menerima keadaan tu..benar katanya..orang yang kita pilih tak semestinya yang terbaik,dan yang terbaik tu tak semestinya datang atas kehendak kite..belajar terima qada' dan qadar,dan yang baik tu akan datang pada kita...insyaallah..


dan alhamdulillah...selepas 2 bulan berkenalan,lelaki tersebut sudah mengorak langkah menghantar rombongan meminang..pada masa tu,perasaan bersyukur tu tak dapat digambarkan dengan kata2...


walaupun lelaki tu tak sebaik si dia,tak sesabar si dia,tapi kesungguhannya untuk membina keluarga bersama aku betul2 membuka hati aku..sikap bertanggungjawab dan komitmen dia pada aku telah mengikat hati aku untuk setia padanya..


selepas 6 bulan,kami diikat dengan tali pertunangan..sebelum kami bertunang,aku ada menghubungi si dia untuk menjemput ke majlis pertunangan aku..si dia bagai tersentak,tapi tetap tenang..si dia bertanya,kenapa aku tak tunggu dia..sepatutnya dia lebih tahu jawapannya..




dan hari nie,alhamdulillah aku dah dapat betul2 melupakan si dia dari ingatan aku..tak ada lagi yang bersisa..dan dalam hati aku cuma ada tunang aku sorang...


apa yang aku sedar,kasih sayang aku pada lelaki yang tak meletakkan aku di dalam masa depannya tu semuanya sia2...entah kenapa aku lambat sedar...4 tahun..cukup lama dia melengah2kan perhubungan tu...aku je yang berharap dan terus berharap..









dan..di saat sahabat aku melalui dugaan yang sama,aku cuma mampu mendoakan agar dia tabah dan bersabar...segalanya akan datang dan pergi tepat pada masanya..yakinlah dengan qada' dan qadar Allah..


''tulang rusuk takkan pernah tertukar daripada pemiliknya..''


sesiapapun yang bakal menjadi jodoh kamu,akan datang pada kamu apabila tiba waktunya..akan mengambil kamu dari tangan wali dengan selayaknya...akan menjaga kamu dengan sebaiknya...


andai orang yang kita pilih tu bukan ditakdirkan untuk kita,sekuat mana kita berpegang pun akan terlepas jugak..andai sudah tiba masa untuk melepaskan,redhakan segalanya...beri laluan kepada insan lain untuk membahagiakan kamu..



kami kaum wanita,bukanlah memaksa jodoh...bukan juga mengejar2 kasih sayang orang ibarat pengemis..tapi andai ada seorang wanita yang membuka jalan untuk kamu memilikinya secara halal,janganlah kamu sia2kan peluang yang diberi..itu tandanya kamu cukup istimewa di dalam hidupnya dan si dia memilih kamu untuk menjadi penjaganya dunia akhirat..


untuk apa dirisaukan hal dunia?wang,pekerjaan,kesihatan tu semuanya rezeki,semuanya milik Allah..dan janji Allah,andainya kita mempunyai tujuan ke arah kebaikan,Allah pasti permudahkan dan memurahkan rezeki kita..aku sendiri yakin dengan hal nie kerana aku sendiri melaluinya..selepas aku bertunang,Alhamdulillah,aku dapat rezeki pekerjaan yang lebih baik..aku yakin dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku..


bertabahlah wahai kawan2..kita saling mendoakan untuk satu sama lain..aku tahu,bertunang bukanlah jaminan yang kami akan berkahwin dan aku sebenarnya masih belum  layak untuk menasihati orang...tapi aku cuma bercerita berdasarkan pengalaman dan berkongsi agar dijadikan iktibar...tiada niat menyinggung sesiapa..


semoga berbahagia wahai teman2...





1 comment:

Unknown said...

thanks baby

aku sbnrnya dh nk menangis baca entry ko nie

apa yang aku alami ari nie
betul2x menguji kesetiaan aku pada dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...